Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Mak Ayah Mengamuk Cikgu Kurung Anak Darjah 1 Dlm Jeriji Besi Macam Banduan | TINDAKAN seorang guru yang didakwa mengurung murid tahun satu di sebalik jeriji besi di sebuah sekolah rendah mendatangkan kemarahan ibu bapa.

Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah sekolah rendah di Kota, Negeri Sembilan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan di laman Twitter pada Selasa.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di Twitter itu, turut kelihatan beberapa barangan pembersihan termasuk kotak elektrik (DB Box) diletakkan di dalam kawasan berkenaan.

Seorang guru tampil mengaku kurung murid

Menerusi tangkap layar perbualan antara ibu bapa dan dan guru sekolah tersebut, difahamkan seorang bapa bertanya sama ada benar anak lelakinya dikurung di sebalik jeriji besi berkenaan.

“Salam, pertanyaan. Betul ke anak saya M*****d S*****r S******n diletakkan di dalam bilik berjaring untuk pengasingan?

“Tidak ada yang jawab ke? Kejap, saya ke sekolah. Saya nak jumpa Cikgu A****l, Cikgu Z****a dan guru besar,” katanya menerusi perbualan di grup WhatsApp.

Seorang guru kemudian menampilkan diri dan mengaku bahawa dirinya yang telah mengurung pelajar tersebut.

“Salam, ya memang saya yang letakkan,” ujarnya.

Tindakan guru mendatangkan kemarahan ibu bapa

Pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan ibu bapa yang mempertikaikan tujuan sekolah itu membina pagar besi berkenaan.

Ada yang berpendapat, tindakan yang melampaui batas itu sememangnya satu tindakan yang tidak boleh diterima akal.

“Dalam ni anak aku dikurung, diasingkan, budak darjah satu.

“Rosak emosi budak nak ke sekolah, macam tak ada otak,” ujar ibu bapa tersebut.

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan.

Sumber: Majoriti

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Ditegur Isi Minyak Dalam Tong, 2 Lelaki Singapura Mengamuk | Tular sebuah video menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri dekat sini malam semalam.

Berang Ditegur Penghantar Makanan

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.

Video berdurasi satu minit 40 saat itu dikongsi pengguna akaun TikTok @matkibol dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.

Menerusi rakaman video pendek itu turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.

Cuba Serang Penghantar Makanan

Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan rider berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang rider sekali lagi.

Kosmo! sedang mendapatkan situasi lanjut berkaitan video tular berkenaan dengan pihak berkuasa.

Sumber : Kosmo

 

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Mempersenda Tragedi MH370, Jocelyn Chia Disahkan Bukan Lagi Warga Singapura | Tindakan pelawak solo wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang menghina Malaysia menerusi lawak jenaka dalam sebuah persembahan komedi berdiri memakan dirinya sendiri apabila dia kini disahkan bukan lagi warganegara negara itu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon pada Rabu.

Vanu Gopala berkata, kerajaan Singapura turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan melampau pelawak berkenaan.

Beliau mengakui terkejut dengan sketsa komedi Jocelyn yang telah menyinggung ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia.

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang bukan lagi warganegara Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas komen-komen menyakitkan daripadanya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Vanu Gopala menambah, sebagai negara jiran yang paling dekat, Singapura dan Malaysia mempunyai ikatan yang amat mendalam dan kedua-dua negara itu juga menikmati hubungan yang kukuh di pelbagai peringkat.

“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan erat antara rakyat dengan rakyat.

“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu, malah merosakkan kepercayaan dan ikatan persahabatan erat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” ujarnya.

Sumber: Majoriti

Share.

Leave A Reply