Suami Dan Bayi 10 Bulan Maut, Isteri Terselamat Dalam Kemalangan Dengan Treler | KUANTAN: Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin, awal pagi tadi.

bapa dan anak 10 bulan

Bapa Dan Anak 10 Bulan 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta PERODUA Myvi, Azirul Azeem Mazri, 30, dan anaknya, Muhammad Adhwa yang berusia 10 bulan.

“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu Azirul Azeem bersama isteri dan anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan dipercayai memotong kenderaan lain dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

Isteri Mangsa Terselamat

“Akibat kemalangan itu, Azirul Azeem disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

“Isteri mangsa, Farah Nasuha Johari, 30, tidak mengalami kecederaan, manakala pemandu treler berusia 30 tahun cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin ke lokasi kejadian untuk bantuan menyelamat.

“Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Rompin,” katanya.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

4 Sekeluarga Maut Termasuk Bayi 2 Bulan, Kereta Terbabas Sebelum Dilanggar Dgn Treler

4 Sekeluarga Maut Termasuk Bayi 2 Bulan, Kereta Terbabas Sebelum Dilanggar Dgn Treler | Kulim: Dua mangsa yang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, di sini, hari ini masih dirawat di Zon Merah, Hospital Kulim, di sini.

bezza dilanggar treler

Bayi Berusia 2 Tahun Dan Remaja 14 Tahun Terselamat

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kedua-dua mangsa berusia dua dan 14 tahun itu terselamat dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 4 petang.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan kereta Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah Kulim menghala ke Baling.

Terbabas Ke Laluan Bertentangan

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu oleh mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Ketil terbabas ke laluan bertentangan sebelum dilanggar treler yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu dan isterinya yang berusia 30 tahun serta ibu mentuanya berusia 59 tahun dan bayi mangsa berusia dua bulan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, remaja lelaki berusia 14 tahun itu dipercayai adik kepada isteri mangsa manakala kanak-kanak berusia dua tahun yang terselamat itu adalah anak kepada pasangan suami isteri itu.

Pemandu Treler Tidak Cedera

“Pemandu treler berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, mayat empat mangsa dibawa ke Hospital Kulim dan akan dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar malam ini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : KMN

 

BACA JUGA :

Anggota Polis Dirempuh Treler Ketika Bertugas Di Pos Pengawal

Anggota Polis Dirempuh Treler Ketika Bertugas Di Pos Pengawal | TAPAH – Seorang anggota polis cedera selepas sebuah treler membawa muatan barangan sukan merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.20 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Jovie Jihom, 23, cedera di bahagian muka dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, anggota terbabit sedang bertugas dan berada di dalam pos pengawal.

Treler hilang kawalan dan terbabas

Katanya, sebuah treler dipandu lelaki berusia 31 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke arah Ipoh hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh pos pengawal berkenaan.

“Rempuhan itu menyebabkan pos pengawal tersebut runtuh dan terdapat seorang anggota terperangkap di dalam runtuhan. Mangsa yang mengalami kecederaan di muka dan tangan dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Pemandu negatif dadah

Menurut beliau, pemandu treler yang cedera pada tangan kanan telah dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Tapah untuk menjalani ujian saringan air kencing dan hasilnya didapati negatif daripada pengambilan barang terlarang.

“Permohonan reman ke atas pemandu treler itu akan dijalankan esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply