“Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap taufan menjelang malam ini,” berikut adalah kenyataan media dari Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air (METMalaysia).

Kenyataan terkini METMalaysia yang diyatakan adalah berkenaan tentang ‘Kesan Ribut Tropika Kuat Nesat kepada Malaysia’. Di samping itu, METMalaysia menyatakan bahawa ribut tersebut kini berada di kedudukan 19.7U 117.2T di barat laut Filipina dan dijangka akan bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

Keadaan ini juga akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan dan dijangkakan meningkat kepada tahap taufan menjelang waktu malam.

Oleh itu,  METMalaysia mengeluarkan ‘Amaran Hujan Berterusan tahap waspada kepada negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga esok hari iaitu, 18 Oktober 2022.

WhatsApp-Image-2022-10-17-at-14.57.59.jpeg?fit=1080%2C650&ssl=1&is-pending-load=1

METMalaysia menyatakan bahawa orang ramai yang berada di kawasan yang terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.”

Selain tiga negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, 10 negeri lain turut diramal akan mengalami ribut petir adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Samudera.my sebelum ini telah melaporkan tentang ramalan cuaca yang juga dikeluarkan oleh METMalaysia yang menjangkakan ribut petir akan melanda 12 negeri seluruh Malaysia, bermula petang ini.

Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi seluruh negara dari 17 Oktober 2022 sehingga 19 Oktober 2022 menjangkakan ribut petir akan melanda negeri-negeri di Pantai Timur selama tiga berturut-turut, bermula petang ini.

Menjengah komen di Twitter, terdapat netizen yang mengatakan Kuala Lumpur dan Ampang sudah mengalami ribut. Manakala kawasan lain seperti Kota Bharu, Setia Alam, Seremban, Klang, Bukit Jalil dan Cyberjaya sudah kelihatan mendung.

Diharapkan orang ramai dapat berada di dalam rumah dan mengelakkan diri untuk keluar dari rumah jika berlakunya ribut petir dan hujan lebat.

Sumber : Samudera

Share.

Leave A Reply