Manfaat Halia Kepada Anda | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Teh Halia adalah salah satu minuman popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun tahukah anda teh halia mungkin mempunyai interaksi dengan ubatan anda?

Halia

Halia biasa ditemui Asia Utara dan digunakan sejak beratusan tahun dahulu. Ia bukan sahaja diguna dalam pemakanan, ia juga diimplikasi dalam perubatan alternatif dan tradisional.

Antara Manfaat Halia Adalah:

1) Teh halia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti potassium, magnesium, vitamin B6 dan vitamin C. Yang sangat baik untuk kesihatan keseluruhan.

Teh ini amat disarankan untuk mengurangkan masalah sistem penghadaman. Seperti masalah angin disebabkan oleh gastrik, pedih ulu hati, muntah, pening, dan kurang selera makan.

Apabila dalam perjalanan jauh, teh halia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan dan mabuk perjalanan.

2) Kandungan halia (gingerol) juga amat terkenal dengan sifat anti-radang. Ia amat sesuai digunakan bagi individu yang mengalami masalah keradangan otot ataupun sakit sendi.

Wanita mengalami kesakitan ketika dating haid boleh cuba melegakan kesakitan melalui pengambilan halia. Suatu kajian dari University of Miami memutuskan bahawa ia boleh mengurangkan kesakitan sendi sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dengan plasebo.

3) Seperti yang anda maklum,pengaliran darah yang lancer diperlukan oleh tubuh badan untuk menyalurkan nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan.

Terutama bagi golongan yang selalu mengalami kesejukan tangan serta kaki pada waktu pagi. Minuman teh ini dapat meningkatkan kadar metabolisma serta pengaliran darah.

4) Sekiranya anda berada dalam keadaan stress yang mengakibatkan masalah seperti migrain, teh halia yang kaya dengan anti-oksida dapat menguatkan sistem pertahanan badan serta menenangkan fikiran.

Kandungan aktif dalam ia juga membantu melawan bakteria, fungi ataupun virus di persekitaran kita.

Orang dulu-dulu memang suka minuman ini. Sebab ia membuang segala angin dalam badan. Ia juga terbaik untuk kesihatan. Ia juga mudah di tanam dan dijaga .

Jom kongsikan kepada kami tentang minuman yang berkhasiat boleh memberi kesihatan yang baik. Semoga kesihatan kita terjamin dan jauh daripada segala penyakit,.

Sumber: alpro

Share.

Leave A Reply