Manfaat Kulit Pisang Yang Ramai Tidak Tahu | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sebelum ini, kulit pisang hanya dibuang sahaja. Biasanya kita hanya mengambil isinya, kulitnya kita terus buang. Tetapi rupa-rupanya kulit pisang ini mengandungi manfaat yang ramai tidak tahu. Kita hanya tahu isi nya sahaja yang mengandungi khasiat dan manfaat, tetapi tidak kulitnya. Banyak keajaiban yang tersembunyi yang boleh dimanfaatkan dari kulitnya.

Manfaat Kulit Pisang

Antara manfaat kulit pisang ialah:

1. Mengurangkan Jerawat Dan Anti Kedutan

Kulit pisang mengandungi vitamin C, E, kalium dan zink, besi dan mangan. Khasiat ini dapat meredakan kulit yang meradang dan mengurangkan jerawat. Selain itu ia juga mengandungi lutein dan karotenoid yang membantu masalah jerawat yang kronik dan membengkak.

Caranya: gosok kulit pisang pada kulit muka dengan lembut dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Setelah itu bilas dengan air. Lakukan cara ini dua kali sehari.

Berita baik untuk wanita, kulit pisang juga mampu merawat kesan kedutan di wajah. Anti oksidan dan vitamin C dalam pisang dapat membantu mengurangkan timbulnya garis-garis kedutan.

Caranya: Gosok kulit pisang ke kulit muka anda terutamanya di bahagian yang sudah mula hilanng keanjalannya dan biarkan selama 30minit atau semalaman. Lalu cuci muka dan lembapkan (dengan pelembap). Ulangi setiap 3 kali seminggu.

2. Pembersih Perak dan Menarik Serpihan Kaca

Jika barangan perak mulai kusam dan hilang kilauannya, cubalah bersihkannya dengan menggunakan kulit pisang. Zat potassium yang terkandung pada bahagian dalam kulit pisang mampu membersihkan peralatan atau perhiasan logam.

Caranya: Ambil kulit pisang dan letakkan dalam pengisar. Tambahkan sesetengah cawan air dan kisar sehingga menjadi pes. Gosokkan barangan perak korang dengan pes ini selama beberapa minit.

Selain untuk logam, kulit pisang juga memiliki keajaiban yang lain, iaitu membersihkan serpihan kaca yang masuk ke dalam kulit.

Kulit pisang kaya dengan enzim yang mempunyai tindakan menarik dan mapu menarik subjek asing yang termasuk atau tercucuk ke permukaan kulit kita

Caranya: Sapukan kulit pisang masak ke kawasan yang terkena tu dan kemudian biarkan selama 15 minit. Buang dengan lembut tanpa menggosokkannya pada kulit. Kemudian tanggalkan serpihannya.

3. Menghilangkan Kegatalan dan Parut Luka

Kulit pisang memiliki kemampuan untuk mengurangkan gatal-gatal pada kulit, kesan bengkak kemerahan dan kesan parut.

Caranya: Ambil kulit pisang dan sapukan kepada bahagian terkena, biarkan selama satu jam atau semalaman. Ulang setiap hari.

Selain itu, kulit pisang boleh menjadi ubat untuk gatal-gatal. Kulit pisang mengandungi histamin dan khasiat seperti magnesium, vitamin C dan vitamin E.

Caranya: Sapukan kulit pisang ke kawasan kulit yang gatal. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.

4. Pemutih Gigi dan Menghilangkan Sakit Kepala

Kulit pisang masak sangat kaya dengan potasium yang dapat membantu mengurangi kesan kuning pada gigi.

Caranya: Setelah memberus gigi, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi selama 2 minit, bilas dan lakukannya pada setiap hari. Jadikan ia sebahagian dari rutin harian ketika menggosok gigi.

Jika hendak merawat pening atau migrain, kulit pisang ada manfaatnya. Korang hanya perlu meletakkan kulit pisang di dahi dan di belakang leher.

Caranya: Masukkan kulit pisang ke dalam freezer selama satu jam. Gosokkan lembut dan letakkan sebaris kulit ke dahi korang dan satu di belakang leher anda. Biarkan hingga menjadi hangat.

Sumber: rasa

Share.

Leave A Reply