Mangsa Ujar Air Datang Bergulung-gulung, Bunyi Macam Helikopter | Seorang mangsa banjir memberitahu bahawa dia terlihat air datang secara bergulung-gulung sehingga terdengar seperti bunyi helikopter ketika banjir melanda rumahnya di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor, baru-baru ini.
Mangsa, Mohd Yusof Aminullah, 64, berkata dia berasa sangat sebak kerana struktur rumahnya yang menjadi tempat tinggalnya sejak lima dekad lalu dilaporkan hampir ranap akibat ditumbangkan banjir besar.
Jelasnya, air mula memasuki ke kawasan kediaman pada hari Sabtu malam dan dia sekeluarga menyangka ia sekadar banjir biasa.
Namun sekitar jam 4 pagi Isnin, air dikatakan semakin deras dan sudah melebihi paras pinggang. Dia dilaporkan segera mengarahkan isteri dan anak untuk keluar terus dari rumah dan ke tempat yang lebih tinggi.
Dia menjelaskan bahawa pada masa itu hanya ada seorang anak lelaki bersamanya yang cuba untuk selamatkan dokumen dan perkakasan yang perlu, namun tidak lama kemudian anaknya menjerit supaya cepat selamatkan diri.
Menurut Mohd Yusof lagi, lebih meruntun hati sebaik mereka semua berjaya keluar dari rumah, struktur hadapan rumah jiran runtuh sebelum disusuli rumahnya mengalami nasib sama.
Katanya, jalan hadapan rumah juga habis musnah dan peralatan perubatan isteri dan kad janji temu hospital habis rosak.
Dia memberitahu bahawa setakat hari ini, mereka masih tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah kerana dibimbangi struktur dan keadaan rumah masih tidak stabil, senget dan retak dan dianggarkan kos rosak dianggarkan sebanyak RM20,000.
Sementara itu, anak Mohd Yusof iaitu Muhammad Amirul, 27, berkata, dia menarik tangan ayahnya keluar untuk menyelamatkan diri ke tempat yang tinggi.
Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, waktu itu nyawa adalah lebih berharga daripada harta benda.
Mereka berkata bahawa, reda dengan segala apa yang berlaku kerana nyawa lebih penting namun mereka bersyukur kerana sempat selamatkan 10 ekor kucing peliharaan.
Justeru, dia sekeluarga berharap rumah yang dibina dengan titik peluh ayahnya itu dapat dibina semula dan akan berikhtiar sebaiknya.
Sumber: Sinar Harian