Masa Mengandung Mengidam Daging B*b*. Bila Lahir, Ini Terjadi | Mengidam adalah perkara yang sinonim untuk ibu mengandung. Keinginan untuk makan sesuatu makanan tidak boleh disekat-sekat bahkan ada kalanya sesetengah ibu mengandung yang berkeinginan untuk menikmati aiskrim di tengah malam misalnya.

Masa Mengandung Mengidam Daging B*b*. Bila Lahir, Ini Terjadi

Lain kisahnya yang terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Siti melalui perkongsian Abel (bukan nama sebenar) dari IIUM Confession. Siti merupakan seorang ibu mengandung yang juga mempunyai selera mengidam sama seperti ibu mengandung kebiasaanya.

Namun, apa yang aneh mengenai Siti adalah dia dikatakan mengalami selera mengidam yang agak pelik kerana  sedang mengidam untuk memakan daging b*b* iaitu daging yang diharamkan untuk umat Islam memakannya.

Siti mengetahui bahawa memakan daging b*b* adalah tidak dibenarkan dalam Islam namun kerana rasa mengidam yang tingi dalam dirinya, dia terpaksa memujuk suaminya untuk membelikan daging terbabit supaya dapat dijamah sedikit bagi menghilangkan rasa mengidam tersebut namun permintaanya itu tidak dipenuhi suaminya.

Bagi pendapat suaminya, mana mungkin dia memberi isterinya memakan daging tersebut namun setelah berfikir panjang, dia telah mendapatkan satu idea supaya dapat menghilangkan rasa mengidam Siti iaitu dengan cara membawanya ke kandang b*b* bagi melihat sendiri keadaan di sana.

Sesudah mereka tiba di lokasi berkenaan, Siti akhirnya muntah-muntah sehingga lembik kerana tidak tahan akan  bau yang amat busuk yang datangnya dari ladang terbabit. Maka, hilanglah rasa mengidam Siti tersebut dan setelah itu dia dikatakan berjaya melahirkan seorang anak lelaki.

Namun, seusai anak lelaki Siti itu semakin membesar, Aben menyedari bahawa anak lelaki Siti mempunyai perwatakan yang berbeza kerana dia dikatakan telah menjadi sangat nakal, keras kepala serta mempunyai perangai yang agak tidak baik.

Dia juga dikatakan berbeza dari adik beradiknya yang lain kerana sesudah dia meningkat usia, anak lelaki Siti ini telah terbabit dengan pelbagai salahlaku jenayah seperti mencuri serta turut terlibat dengan jenayah d4dah.

Menurut Aben, dia bersimpati atas nasib Siti kerana kini anak lelakinya itu telah mendapat gelaran sebagai penagih d4dah tegar kerana sering dilihat keluar masuk dari pusat serenti.

Diharapkan supaya kisah ini dapat menjadi tauladan serta didoakan agar kita tidak diuji untuk melakukan perkara buruk serta sentiasa hati kita berada dalam kebaikan.

Sumber: IIUM Confession

Share.

Leave A Reply