Pihak pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, di sini memohon maaf berikutan kesilapan laungan azan Maghrib yang dilakukan dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar, 30 Mac lalu.
Timbalan Pengerusi masjid itu, Ahmad Nasir berkata, kesilapan itu disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.
Beliau berkata, jemaah masjid yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan itu untuk berbuka puasa, dimaklumkan puasa mereka terbatal pada hari berkenaan dan perlu diganti.
“Begitulah pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa itu batal dan wajib diqadha’,” katanya dalam kenyataan rasmi masjid bertarikh 1 April lalu.
Sumber : Harian Metro
ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA
Batal Puasa Gara2 Azan Awal, Penduduk Kampung Di Simunjan Terpaksa Ganti Puasa
Gara-gara perbuatan “orang luar” meluangkan azan Maghrib awal daripada waktu sebenar, menyebabkan penduduk di sebuah kampung di Simunjan terpaksa menggantikan puasa mereka.
Difahamkan, insiden tersebut dikatakan berlaku pada empat hari yang lalu menyebabkan penduduk di situ berbuka puasa pada waktu yang awal atau sebelum waktu Maghrib sebenar.
Berikutan itu, Jabatan Mufti Sarawak dalam memorandum rasmi yang tular di WhatsApp berpandangan bahawa puasa bagi penduduk yang terlibat adalah terbatal.
Jelasnya, penduduk di kawasan tersebut diwajibkan untuk diqadha’ semula kerana telah berbuka sebelum masuk waktunya.
“Hal ini kerana tempoh berpuasa menurut syarak adalah bermula setelah terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan bukan berakhir dengan laungan azan.
“Firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);…” (Surah al-Baqarah, ayat 187).
Sehubungan itu, Jabatan Mufti Sarawak menyarankan agar masyarakat Islam lebih peka dan berhati-hati terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan waktu berbuka puasa.
Sumber : KMN