Menteri Agama Umum Berita Baik Buat Tahfiz Dan Sekolah Agama. Alhamdulillah

| April 2, 2020 | 0 Comments

Menteri Agama Umum Berita Baik Buat Tahfiz Dan Sekolah Agama. Alhamdulillah | Prihatin dengan beban institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat wabak Covid-19. Terkini, Menteri Agama umum berita baik buat pusat tahfiz dan sekolah agama. Alhamdulillah syukur.

Bantuan RM21 Juta

BANTUAN one-off berjumlah RM21 juta bakal disalurkan kepada semua pusat tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan swasta seluruh negara yang berdaftar dengan pihak berwajib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan itu bagi meringankan beban institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat wabak Covid-19.

“Prihatin dengan hal ini, saya mengumumkan bantuan one off bernilai RM21 juta membabitkan bantuan sara hidup RM800 kepada setiap guru terbabit yang akan memanfaatkan 22,920 penerima.

“Selain itu, bantuan pengurusan operasi turut disalurkan kepada 2,119 institusi pendidikan seluruh negara bertujuan membiayai kos pengurusan, utiliti, sewaan dan perbelanjaan lain operasi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, bantuan terbabit daripada peruntukan RM100 juta yang disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Bajet 2020 bertujuan membiayai penyelenggaraan dan menaik taraf institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama berdaftar.

“Penghargaan ditujukan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz atas kelulusan peruntukan ini untuk tujuan berkenaan.

“Besarlah harapan saya, bantuan ini dapat meringankan beban warga institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

Sumber : Harian metro

Tags: , , , , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *