Empat sekeluarga sempat menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar di kilometer 225, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mereka sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia sembilan tahun dalam perjalanan ke rumah mereka dari Pontian, Johor, ke Batu Caves, Selangor.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Hafiz Mat Junoh, pasukannya diketuai Penolong Bomba Kanan II, Mokhtar Ahmad bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi.
“Sebaik tiba, didapati memang benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Mercedez Benz300 SE (1993).
“Pemandu kereta iaitu si suami menyedari terdapat api tiba-tiba keluar dari bawah stereng dan segera memberhentikan kenderaan bagi meminta bantuan,” katanya hari ini.
Ujar Ahmad Hafiz lagi, kebakaran berkenaan berjaya dikawal namun kenderaan tersebut musnah 100 peratus.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
(VIDEO) Jakel Cawangan Shah Alam Terbakar Lagi Buat Kali Kedua
Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, mengalami kebakaran kali kedua apabila stor langsirnya terbakar tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 12.40 tengah malam.
Susulan itu katanya, sepasukan pegawai, anggota serta aset Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Puchong; BBP Kota Anggerik;BBP Damansara; BBP Sungai Pinang; BBP Petaling Jaya dan BBP Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.52 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.
“Api kemudian berjaya dipadamkan keseluruhannya pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Januari lalu dan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 7.08 pagi sebelum kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 10 jam kemudian.
JBPM Selangor kemudian menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden, semalam.
Difahamkan, laporan siasatan penuh mengenai punca kebakaran akan diperolehi dalam tempoh sebulan.
Bangunan kedai tingkat atas sederet Wisma Jakel Shah Alam terbakar kira-kira jam 1 pagi ini.
Pihak @bombaJBPM sedang berusaha memadam kebakaran.
🎥 Awam pic.twitter.com/XUPkz6biTn
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 2, 2023
Sumber : KMN