Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Paling Jaya, Semenyih sejak beberapa hari lalu akhirnya terbongkar dengan penemuan mayat seorang lelaki.
Mayat lelaki itu ditemui petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, bilik gerakan operasi negeri telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.09 petang.
“Bertindak atas panggilan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih diketuai komander operasi, Rozaidi Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian pada jam 4.15 petang.
“Berdasarkan keadaan mayat yang telah mengembung, mangsa dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari dan tidak disedari mana-mana orang,” katanya menerusi kenyataan media.
Lelaki itu berusia 49 tahun.
Katanya, pasukan bomba membawa keluar mangsa menggunakan stretcher khas dari rumah tersebut.
Mangsa tinggal di rumah ini berseorangan.
Mayat berkenaan dihantar ke hospital berhampiran bagi proses bedah siasat,” kata beliau.
Sumber : MG
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Mayat Seorang Lelaki Ditemui Dalam Kereta Berkunci Tiga Hari
Seorang lelaki ditemui di dalam sebuah kereta dekat parkir di Garden Homes, Seremban 2, di sini, malam semalam dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan hilang sejak beberapa hari lalu dan rakannya cuba mencari sebelum menemui kereta mangsa di lokasi kejadian kira-kira jam 7.30 malam.
Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Kimar berkata, kereta Proton Wira itu dalam keadaan berkunci sebelum pihaknya melakukan operasi membuka pintunya.
“Pasukan kami menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta berkunci di tempat parkir hadapan sebuah pasar raya dekat Garden Homes jam 7.31 malam.
“Difahamkan kenderaan itu sudah berada di lokasi sejak tiga hari lalu, ” katanya.
Beliau berkata, selepas pintu kereta dibuka, pihak kesihatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.
“Lelaki ini dipercayai warga tempatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber : KMN