Model Meragut Nyawa Sendiri Disebabkan Pembuli Media Sosial | Tidak tahan dengan tekanan serta pembuli di media sosial, seorang model yang juga merupakan pencipta kandungan (content creator) dilaporkan maut gara-gara mengambil nyawanya sendiri.

Diana Deets atau lebih dikenali sebagai Coconut Kitty yang berasal dari California dilaporkan meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Difahamkan, Deets merupakan model dewasa untuk OnlyFans yang memiliki 5.7 juta pengikut di media sosial. Dia dipercayai mengambil keputusan mengambil nyawanya sendiri kerana masalah kemurungan.

Berita mengenai kematian ibu anak satu itu diumumkan menerusi akaun Instagram miliknya.

Pada Ahad lalu, Coconut telah mengambil nyawanya sendiri. Ini adalah tidak adil. Hidup sangat tak adil.

Dia seperti cahaya yang selalu menerangi dan membuat kami gembira.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan bagaimana dan mengapa Deets membunuh diri. Namun, dia dikatakan mengambil nyawanya sendiri kerana tidak tahan dengan kutukan serta pembuli di media sosial.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

Pelakon Bollywood Gantung Diri, Polis Tahan Bekas Kekasih

Pelakon Bollywood Gantung Diri, Polis Tahan Bekas Kekasih | BERITA kematian pelakon Tunisha Sharma yang ditemui tidak bernyawa selepas menggantung diri di lokasi penggambaran terus menjadi perhatian.

Polis tahan bekas kekasih didakwa jadi punca kematian Tunisha Sharma

Dakwaan tersebut datang dari ibu Tunisha yang mengatakan pelakon berusia 27 tahun itu menjadi ‘pendorong’ anaknya mengambil nyawa sendiri di lokasi penggambaran Ali Baba: Dastaan-e-Kabul pada Sabtu kerana kemurungan selepas mereka putus cinta.

Ibunya mendakwa Sheezan melakukan provokasi terhadap Tunisha untuk melakukan aksi bunuh diri.

Ibunya berkata, mereka bercinta, namun Sheezan tidak mahu berkahwin dengannya. Mereka berpisah pada November lalu dan situasi tersebut membuat Tunisha kemurungan.

Beliau juga menyatakan, namun mereka masih profesional dan meneruskan kerja bersama di set penggambaran sama.

Beliau mengujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Hindustantimes.com, setakat ini mereka menyiasat Sheezan dan akan membawanya ke mahkamah.

Sheezan kini ditahan selama empat hari oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Pihak berkuasa juga menafikan desas-desus jika pelakon muda itu hamil, seperti yang dipersoalkan media tempatan.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-76272929 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma.

Sumber: Astro Awani

 

Abang Gantung Diri Selepas Bunuh Adik.

Abang Gantung Diri Selepas Bunuh Adik. | IPOH – Seorang lelaki warga emas maut dengan beberapa kesan tikaman disyaki dilakukan oleh abangnya yang kemudian dipercayai membunuh diri di sebuah rumah di Jalan Mohamad Naseh, Housing Trust, di sini sebentar tadi.

Kejadian sekitar 10.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan abangnya yang bekerja sebagai pemandu teksi.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pasukan yang tiba di lokasi kejadian menjumpai seorang lelaki berlumuran darah di bahagian dapur akibat ditikam senjata tajam.

Katanya, seorang lagi lelaki berada di luar kediaman tersebut dalam keadaan leher tergantung manakala seorang wanita yang juga isteri mangsa berada di dalam rumah ketika kejadian.

Wanita berusia 50-an itu cedera di jari dipercayai ketika cuba meleraikan pertengkaran dua beradik itu.

“Berdasarkan siasatan awal, dua beradik itu memang kerap bertengkar di mana siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pergaduhan yang membawa kepada kematian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai sebilah golok yang disyaki digunakan sebagai senjata di sisi mayat pemandu teksi berusia 70 tahun.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply