Neelofa Mahu Bayar Denda Abang Burger | Isu usahawan Neelofa di kompaun akibat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan juga abang burger yang dikompaun sebanyak RM50,000 telah menjadi trending beberapa hari ini. Ini kerana banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap dua individu berbeza darjat ini.
Yang terbaru adalah usahawan dan juga selebriti terkenal itu telah menawarkan diri untuk membantu abang burger yang disaman oleh pihak polis kerana berniaga melebihi masa yang ditetapkan di kediamannya sendiri. Beliau berbuat demikian selepas ramai pihak yang mengkritik jumlah kompaun yang dikenakan terhadap abang burger itu dan juga neelofa serta keluarganya.
Katanya, dia mampu serta boleh untuk membayar nilai kompaun yang dikenakan terhadap abang burger itu juga.
Neelofa, suaminya Haris dan 20 orang ahli keluarganya telah telah dikompaun kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa majlis pernikahannya diadakan. Dia juga dikompaun atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri yang telah diberikan kepadanya dan suami.
Berdasarkan perkongsian Neelofa di akaun instagramnya, peguamnya telah menghubungi peniaga burger itu. Peniaga itu telah dikompaun kerana berniaga melebihi waktu yang ditetapkan oleh kerajaan di hadapan kediamannya. Dia sedang cuba mendapatkan maklumat berkaitan peniaga itu untuk membantunya.
Dalam satu tangkap layar, seseorang didakwa daripada pasukan pengurusannya berkata, mereka sudah menghubungi polis dan peniaga burger itu, yang berkata beliau akan memaklumkan mereka mengenai perkembangannya.
Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat dalam kenyataan hari ini berkata, polis akan mengurangkan kompaun kepada peniaga burger itu dan dua peniaga kedai makan lain kerana beroperasi melebihi masa ketika PKP. tiga peniaga itu akan dipanggil dan pengurangan nilai kompaun itu akan dibuat mengikut garis panduan bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Kompaun RM50,000 kepada peniaga burger itu turut dikecam ahli politik dan pihak lain, termasuk Presiden Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura, Wong Teu Hoon, yang berkata amaran patut diberikan sebelum mengeluarkan kompaun kerana “malah denda RM500 terlalu tinggi buat peniaga tepi jalan”.
Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa pihak berkuasa lebih berbelas kasihan terhadap individu yang bergelut untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: Free Malaysia Today