Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Sejak akhir-akhir ini dilihat menjadi ‘trend’ buat orang ramai melakukan aktiviti ekstrem, selain melawat kawasan menenangkan bagi merehatkan minda.

Terbaharu, tular sebuah video di laman sosial Twitter sejak Jumaat memaparkan seorang wanita bersama bayinya sedang melakukan aktiviti flying foxdipercayai di Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit mendukung anaknya dan memakai kelengkapan keselamatan tetapi dilihat tidak mempunyai ciri keselamatan tambahan.

Berdasarkan kapsyen video oleh @My_CrimeWatch di Twitter, memberitahu jika kanak-kanak didedahkan kepada bahaya pihak terlibat boleh dikenakan hukuman denda dan dipenjarakan.

“Akta Kanak-Kanak ada menyatakan sekiranya kanak-kanak didedahkan kepada bahaya yg boleh mengakibatkan kecederaan, pihak terlibat boleh dihukum denda tak melebihi RM10,000 atau penjara tak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” tulisnya dalam Twitter.

Video terbabit meraih perhatian orang ramai dan rata-rata berpendapat tindakan wanita itu tidak wajar kerana ia mendedahkan bahaya kepada anaknya yang masih kecil.

Menjengah komen di Twitter, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen atas tindakan ibu yang membawa anaknya bermain flying fox.

Malah, orang ramai turut mengecam pengusaha flying fox terbabit kerana membenarkan bayi tersebut menaiki flying fox.

 

 

“Sebab ego mak bapa, nyawa anak dalam bahaya, besar nanti dia main sendirilah,” kata @Designedbytuhan.

“Aku orang Kuala Kubu Bharu pun tak berani cuba main benda ini, sebab banyak kali dah kena ban tapi entah macam mana diorang still open balik,” jelas @Geminitwins.

“Seram pula aku tengok, tak pasti macam mana dia pasangkan harnesskat bayi itu. Lainlah kalau rescue mission kakak dan abang bomba yang menyelamatkan mangsa,” ujar @BarnAndBrxfast.

“Macam ada safety harness or sling belt kat anak tu. But not sure it is the right one or what. Have to clarify with organizer.” kata salah seorang netizen di akaun Twitter tersebut.

Difahamkan, aktiviti terbabit mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Daerah dan JKR menerusi satu dokumen dimuat naik oleh pemilik video.

Belum ada kenyataan rasmi pihak berkuasa dan penganjur aktiviti flying fox berkenaan setakat ini.

Sumber : Majoriti Official

Share.

Leave A Reply