Kes Budak Hilang Sejak 2019, Ini Luahan Terkini Bapanya | Bapa Zahir menyatakan bahawa selagi tak ada bukti Zahir meninggal dunia, beliau akan tetap berharap dan teruskan mencari. Kalau meninggal ada tanda kubur, tapi ini Zahir hilang tanpa apa-apa.
Demikian kata Mohd Fauzi Abd Ghaffar, 48, bapa kepada kanak-kanak hilang sejak 2019, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi.
Mohd Fauzi berkata, bisikan suara dan bayangan anaknya yang kerap muncul menguatkan lagi harapan anaknya itu masih hidup dan akan pulang.
Menurutnya, hasil daripada usaha dengan membuat rawatan alternatif turut menyatakan Muhammad Zahiruddin atau Zahir yang juga anak bongsu daripada lima beradik pasti pulang selain berada di ‘tempat’ lain.
Beliau juga berkata, kalau dari segi perkembangan pihak polis memang tidak ada apa-apa. Sebab, kali terakhir beliau dimaklumkan oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kes anaknya ini sudah diserahkan ke Bukit Aman.
Ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, beliau kata mereka pun tidak tahu siapa pegawai yang ambil alih. Dalam masa sama, beliau ada pergi mendapatkan rawatan alternatif untuk mencari Zahir. Merata tempat pergi, ayat mereka sama iaitu Zahir ditarik ke alam ghaib dan suatu hari nanti akan balik tapi tidak tahu bila.
Dia berkata, dua kakak Zahir juga selalu bermimpi adik mereka pulang.
Dalam mimpi tu, kakak dia tanya kenapa tak nak balik, dia cakap seronok duduk sana. Dia juga cakap, rindu pada mak, ayah dan suatu hari nanti akan balik. Dalam mimpi itu juga ada ada seorang lelaki tua bersama Zahir cakap InsyaAllah dia akan balik. Walaupun ia mimpi, sedikit sebanyak meyakinkan Fauzi mungkin anaknya masih hidup.
Dengan usaha dan harapan yang ada, 75 peratus cakap Zahir akan balik. Sebab itu, Fauzi selalu mohon pada Allah. Malah, apabila terlalu rindu, dapat rasa dia datang dengan cara bisikan atau bayangan.
Menurutnya, antara cara untuk melepaskan rindu adalah dengan berjalan dan keliling di tempat anaknya selalu bermain pada setiap petang.
Fauzi kata kalau rindu, Fauzi keliling tempat Zahir selalu bermain. Kadang terdengar suara dia ketawa dan bisikan. Dia cakap, abah jangan risau, Zahir sihat, selalu balik. Fauzi pun balas bisikan itu dan bertanya dia duduk di mana. Dia cakap, duduk dalam kawasan ni juga, tapi tempat lagi satu. Katanya, ada nenek yang ajar solat dan mengaji. Setiap kali selepas itu, Fauzi akan menangis.
Pernah juga, Fauzi duduk di kawasan Zahir bermain, dia ternampak kelibatnya. Fauzi lari dan cuba peluk. Rupanya ia hanya bayangan. Hinggakan pernah orang pernah cakap Fauzi macam nak gila. Sebab bercakap dengan pokok, tanya di mana anaknya. Ini kerana, setiap pergi berubat mereka kata anaknya di pokok besar.
Menurutnya, dia pernah mahu menjual rumah didiami sekarang dan berpindah dari kawasan itu.
Fauzi juga menyatakan bahawa setiap hari teringatkan dia. Ikutkan nak jual rumah ini dan pindah dari sini. Tapi, kawan-kawannya nasihat jangan. Sebab mana tahu Zahir memang betul pulang suatu hari nanti, Fauzi pula tidak ada.
Apa pun, Fauzi mahu berterima kasih kepada semua pihak, jiran, rakan dan sesiapa saja yang sentiasa bertanya mengenai keadaan anaknya. Walaupun sudah lebih tiga tahun kehilangannya, masih ramai yang ambil berat.
Untuk rekod, sebelum hilang, Muhammad Zahiruddin yang berumur lapan tahun ketika itu kali terakhir dilihat bermain di padang berhampiran rumahnya sebelum waktu Maghrib.
Ibunya, Sainih Sunding membuat laporan polis selepas anaknya tiada di rumah ketika pulang dari kerja pada jam 7 malam, 15 April 2019.
Polis melakukan pelbagai usaha mengesan Muhammad Zahiruddin termasuk menggunakan Unit Pasukan Anjing Pengesan (K9) dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sumber: Harian Metro