Ngeri, Gunting Pembedahan Tertinggal Di Dalam Perut Seorang Wanita | Seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri kepada seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada tujuh orang cahaya mata apabila kesakitan yang dialami selama ini terjawab sebaik mengetahui terdapat gunting pembedahan tertinggal di dalam perutnya.
Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki memaklumkan bahawa dia mengalami kesakitan di bahagian perutnya selepas menjalani pembedahan. Namun dia dimaklumkan bahawa kesakitan yang dialami itu merupakan sesuatu yang biasa terjadi.
Dia telah dimaklumkan berkenaan perkara itu Perkara itu di doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu. Dikatakan bahawa lebihan kulit perut wanita itu telah dibuang oleh doktor ketika pembedahan. Dia kemudian dibenarkan pulang keesokan harinya selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Dipercayai bahawa wanita itu telah kembali semula ke hospital selepas mendapati berlaku bengkak pada perutnya dan dia merasa sakit di bahagian itu. Bagaimanapun, doktor hanya memaklumkan ia adalah perkara normal setiap kali selepas pembedahan dan sakit akan beransur pulih.
Selepas dua bulan menjalani pembedahan, Nurcihan bersama dengan suaminya telah ke Hospital Negeri Soke untuk membuat rawatan susulan. Ini kerana dia masih merasakan kesakitan itu walaupun setelah dua bulan selepas menjalani pembedahan.
Laporan imbasan sinar-X yang diterima begitu mengejutkan apabila menunjukkan bahawa terdapat gunting di bahgian kiri abdomennya. Dengan itu dia telah pergi bertemu kembali dengan doktor yang menjalankan pembedahan ke atas dirinya bagi mengeluarkan semula gunting itu dari perutnya.
Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama dua jam.
Menurut Nurcihan, dia merasakan kesakitan yang amat sangat sebaik selesai pembedahan. Dia memaklumkan perkara itu kepada doktor, namun mereka tidak mempercayainya. Sebaliknya doktor hanya meminta dia untuk bersabar dan sama sekali tidak berminat untuk mendengar rintihan kesakitan yang dihadapi.
Sumber: Harian Metro