Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Padah Hadiri Majlis Hari Jadi, Tujuh Individu Ditahan | Seperti yang kita sedia maklum, negara pada ketika ini masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana semua rakyatnya diminta untuk kekal berada di rumah bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir mereka yang tetap berdegil untuk keluar rumah dengan memberi alasan yang tidak masuk akal.

Padah Hadiri Majlis Hari Jadi, Tujuh Individu Ditahan

Shah Alam: Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah kondominium di Seksyen 7, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata serbuan pada jam 2 pagi itu dilakukan susulan laporan yang diterima daripada orang awam mengenai aktiviti berkumpul di sebuah unit kondominium berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan di alamat berkenaan mendapati terdapat majlis hari jadi sedang berlangsung yang dihadiri tujuh individu termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 21 hingga 37 tahun.

Sementara itu, polis juga telah merampas lima paket dadah disyaki syabu dengan anggaran berat 4.42 gram dan satu paket berisi tujuh biji pil yaba.

“Tujuh kompaun dikeluarkan kerana gagal mematuhi SOP mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Penyakit Berjangkit [PPDPPB (LLDDKTJ)(No. 4) 2021] atas kesalahan menghadiri aktiviti dengan kehadiran yang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas lanjut, mereka kemudiannya masing-masing telah dikompaun sebanyak RM4,000 seorang.

Baharudin berkata, semua tujuh suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi menjalani ujian saringan air kencing.

Katanya, hasil ujian saringan awal mendapati keempat-empat lelaki serta seorang wanita yang ditahan, positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

“Lima suspek didapati mempunyai rekod kesalahan jenayah dadah manakala dua lagi tidak ada sebarang rekod.

“Semua suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Share.

Leave A Reply