Padah Mahu Lepas Gian Main Snuker, 10 Individu Dikompaun RM 23,500

| June 20, 2021 | 0 Comments

Padah Mahu Lepas Gian Main Snuker, 10 Individu Dikompaun RM 23,500 | Sepuluh individu termasuk penyelia sebuah pusat hiburan ditahan selepas disyaki melanggar syarat prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu operasi di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri malam semalam.

Padah Mahu Lepas Gian Main Snuker, 10 Individu Dikompaun RM 23,500

Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 10.15 malam itu, kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 40 tahun selepas bermain snuker di pusat perniagaan tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua individu berkenaan telah dikenakan kompaun berjumlah RM23,500.

Sepasukan anggota polis Daerah Iskandar Puteri telah membuat serbuan di premis yang disyaki menjalankan perniagaan snuker tanpa lesen dalam tempoh PKP.

Pihaknya mendapati kesemua 10 individu yang berada di dalam premis juga didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Katanya, kesemua mereka telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2021).

Menurut Dzukhairi, sembilan individu masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 manakala penyelia premis dikompaun RM10,000.

Tambahnya, polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk dua set bola snuker, empat batang snuker, satu kunci alat kawalan jauh serta wang tunai RM275.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *