Wanita Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Diacu Pisau Dalam Kejadian Samun

| June 20, 2021 | 0 Comments

Wanita Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Diacu Pisau Dalam Kejadian Samun | Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila diacu pisau dalam kejadian samun di kediamannya di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Parit Buntar pada Jumaat.

Wanita Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Diacu Pisau Dalam Kejadian Samun

Kejadian sekitar jam 7.30 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 67 tahun telah menerima kehadiran seorang lelaki yang dikatakan mahu menyampaikan bantuan sebungkus bihun.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, suspek bertindak meluru masuk ke rumah sebaik mangsa membuka pintu untuk menerima bantuan terbabit.

Beliau berkata, suspek kemudiannya bertindak mengacukan pisau dan mencekup mulut mangsa dengan menggunakan tangan lalu memintanya menyerahkan duit serta rantai yang dipakai di leher.

“Mangsa yang ketakutan menyerahkan rantai yang dipakai dan wang tunai berjumlah RM600 yang disimpan di dalam dompet,” katanya di sini pada Isnin (hari ini).

Menurut beliau, suspek yang memakai topi keledar berwarna hitam, berjaket dan bercermin mata bertindak menggeledah rumah mangsa.

“Setelah hampir setengah jam menggeledah rumah suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal.

“Mangsa tidak mengecam jenis kenderaan yang ditunggang suspek dan tidak pasti barang lain yang diambil,” katanya.

Mazuki berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya turut menasihatkan orang ramai terutama warga emas yang tinggal bersendirian agar tidak mudah percaya mana-mana individu yang datang terutama pada waktu malam bagi menyampaikan bantuan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *