Remaja Bunuh Ahli Keluarga, Mayat Mangsa Ditanam Di Bangsal | Kejadian kejam dan ngeri telah berlaku di New Delhi apabila seorang remaja lelaki sanggup membunuh ibu, bapa, kakak dan neneknya. Mayat keempat-empat mangsa ditanam di bangsal yang terletak berdekatan dengan rumah mereka pada empat bulan yang lalu.

Remaja Bunuh Ahli Keluargam Mayat Mangsa Ditanam Di Bangsal

Rahsia pembunuhan itu telah terbongkar apabila polis menemui mayat semua mangsa dekat sebuah rumah di Malda, Benggala Barat, Sabtu lalu. Demikian itu suspek yang dikenali sebagai Asif Mohammed, 19 dan abang sulongnya, Arif telah ditahan untuk disoal siasat dan mengetahui motif disebalik pembunuhan itu.

Arif yang tinggal jauh dari rumah Asif membuat laporan di balai polis Kaliachak pada Sabtu dan mengesyaki adiknya itu membunuh empat ahli keluarga sebelum menanam mayat mangsa. Pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian dan menangkap Asif.

Mayat mangsa pembunuhan berjaya ditemui selepas polis mengorek lantai bangsal berkenaan. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Kolej Perubatan Malda untuk dibedah siasat.

Suspek mengaku bersalah membunuh keempat-empat mangsa pembunuhan itu pada akhir februari yang lalu. Dia mengaku mencampurkan dadah ke dalam minuman mereka sehingga membuatkan mereka tidak sedarkan diri.

Bagi memastikan mangsa sudah tidak bernyawa, suspek menolak kesemua mangsa ke dalam telaga. Mayat mangsa kemudian ditarik keluar dari telaga berkenaan sebelum dibawa ke bangsal dan ditanam di situ.

Polis turut menyoal Arif kerana tidak ingin berlaku sebarang keciciran maklumat. Ketika serbuan, polis menemui wang tunai 100,000 rupee (kira-kira RM5,583) di rumah suspek.

Seorang pegawai kanan menganggap mustahil bagi seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dapat melakukan perbuatan itu. Polis mengesyaki ada rakannya terbabit dalam kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply