Sebulan Menghilangkan Diri, Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia

| June 20, 2021 | 0 Comments

Sebulan Menghilangkan Diri, Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia | Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di tangga sebuah bangunan di Kota Bharu, petang semalam.

Sebulan Menghilangkan Diri, Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia

“Sudah lebih sebulan kami mencari ayah dan laporan kehilangannya juga sudah dibuat tapi tiada khabar berita sehinggalah malam tadi saya dihubungi polis memaklumkan penemuan mayatnya,” kata anak kepada warga emas yang ditemui mati di tangga sebuah bangunan di sini, petang semalam.

Siti Zubaidah Che Bongsu, 34, berkata, kali terakhir dia berjumpa bapanya, Che Bongsu Wan Deraman, 67, sehari sebelum Aidilfitri lalu dan memberitahu akan mengambil arwah di bandar Kota Bharu untuk berhari raya bersama di rumahnya di Pulai Chondong, Machang.

Dalam pada itu, Siti Zubaidah berkata, bapanya sering ke Kota Bharu serta hidup seperti gelandangan walaupun kerap ditegurnya. Katanya, sehari sebelum menjelang hari raya, dia bertemu ayahnya dan memberitahu akan membawa ke rumahnya pada pagi Aidilfitri.

“Keesokannya saya datang ke tempat dijanjikan, ayah tiada dan saya berasa risau malah menghubungi beberapa rakannya namun mereka memberitahu tidak tahu ke mana ayah pergi.

“Saya segera membuat laporan polis, dalam masa yang sama turut mencarinya tapi tidak ditemui sehinggalah malam tadi saya menerima panggilan telefon dari polis memberitahu penemuan mayat ayah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, mayat warga emas berkenaan ditemui orang awam di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Tengku Chik, di sini, jam 6 petang semalam selepas terhidu bau busuk di kawasan sekitar.

Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring di tangga dan tanpa pakaian lengkap malah turut terdapat dompet mengandungi kad pengenalan serta sejumlah wang.

Siti Zubaidah berkata, sebaik dimaklumkan berita pilu itu, dia seakan tidak percaya dan memberitahu pihak berkuasa mungkin tersilap orang.

“Ketika diberitahu mengenai penemuan mayat ayah, saya hampir pengsan dan memberitahu polis mungkin mereka tersilap orang.

“Tapi sebaik diberitahu mereka turut menemui kad pengenalan milik ayah, saya akur dengan takdir ini dan hasil bedah siasat yang dibuat mendapati ayah kena serangan jantung.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Buaya, Jalan PCB berhampiran pusara arwah emak hari ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *