Seorang instafamous bertindak menempah sekumpulan penari pondan untuk sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City.
Tindakan tersebut membawa padah apabila dicekup oleh pihak polis semalam.
Suspek merupakan pengusaha kosmetik, 27 dikenali sebagai Cik Lala, ditahan selepas pihak polis mendapat laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berhampiran.
Laporan dibuat susulan insiden tarian separuh bogel penari pondan serta pembakaran bunga api.
Insiden tidak bermoral itu turut tular di aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim telah memberi kenyataan berdasarkan siasatan.
Beliau berkata, kejadian berlaku antara pukul 8 hingga 11.30 malam, Jumaat lalu di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City.
Sekumpulan pondan membuat tarian separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat.
Selain itu, pembakaran bunga api berlaku di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.
Penganjur program itu telah menyewa unit berkenaan dengan harga RM4,000.
Unit tersebut digunakan untuk majlis hari raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya.
Tarian penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api tersebut dianjur oleh suspek.
Jelasnya lagi, perbuatan itu disifatkan telah menjatuhkan imej I-City sebagai salah satu tarikan di Selangor.
Suspek kini direman pihak polis sehingga esok.
Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sumber: Kosmo