Pakatan Nasional – Ini Pengumuman Rasmi Presiden Bersatu Buat PH Terus Kaget. | Belum reda dengan pembentukan kerajaan baru, ini pengumuman daripada Presiden Parti Bersatu Yang buat ramai orang terkejut.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Keluar PH
KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
24 FEBUARI 2020
Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.
Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Adakah Benar Akan Ada Kerajaan Baru Pakatan Nasional?
Sumber : Muhyiddin Yassin