Seorang penjaja bertindak mengamuk dan memaki hamun pihak berkuasa tempatan (PBT) yang datang untuk menyita gerai yang dipacak di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan tular di media sosial sejak semalam.

“Hanya berani dengan Melayu, bertabahlah wahai penjaja. Bertolak ansurlah wahai PBT,” tulis pengguna tersebut dalam video itu.

Walau bagaimanapun, PBT tampil membuat penjelasan bahawa penjaja tersebut melakukan beberapa kesalahan sehingga membahayakan pengguna jalan raya dan pembeli.

“Penjaja tersebut berniaga di pintu masuk pasar raya dan persimpangan jalan sekali gus menghalang pandangan pemandu yang keluar simpang.

“Tambah pula kekotoran akibat minyak di atas jalan selain gangguan bau kepada premis perniagaan kain.

“Mereka (penjaja) juga menjalankan perniagaan di tempat parkir kereta di mana ia tidak dibenarkan. Alatan jualan turut ditinggalkan dan menghalang pintu premis,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen, ramai mengecam tindakan penjaja berkenaan yang dianggap jelas salah sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Biasanya PBT tidak akan datang jika tiada laporan atau tidak salah. Ini terang-terang ada salah patutlah diambil tindakan itupun sudah diberikan amaran selalunya,” komen Ain.

“Berniaga tidak ikut peraturan PBT lepas itu main ‘race card’, dan rasa terpaling kena tindas. Benda memang salah, tak kira bangsa apa, PBT akan ambil tindakan,” komen pengguna yang lain pula.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 4,749 perkongsian dan 6,983 tanda suka.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Menang 3-0, Bas Penyokong JDT Jadi ‘Mangsa’ Diserang Baling Batu

PERLAWANAN bola sepak antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3-0 dalam aksi Liga Super pada Rabu.

Membariskan pasukan terkuat, skuad Harimau Selatan yang dipimpin Estaban Solari tidak berhadapan masalah menguasai perlawanan walaupun beraksi dalam keadaan hujan renyai dan padang basah.

Malah, JDT tidak menunjukkan belas ihsan apabila terus melancarkan serangan bertali arus sebaik perlawanan bermula, sekali gus memaksa skuad pimpinan Bojan Hodak berkampung di kawasan sendiri.

Tiga gol tersebut dijaringkan oleh jaringan sendiri Romel Morales pada minit ke-41, manakala dua lagi hasil tandukan dan tampanan deras oleh Endrick dos Santos dan Arif Aiman.

Namun, kekalahan skuad ‘The City Boys’ itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong ‘casual’ yang hadir ke stadium.

Sebaik permainan tamat, sebahagian penyokong terbabit bertindak melempar batu dan kayu pada cermin bas yang membawa penyokong pelawat semasa dalam perjalanan keluar daripada pekarangan stadium.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Beberapa penyokong JDT mendakwa bas mereka dibaling oleh kumpulan penyokong tuan rumah yang digelar casual ekoran tidak berpuas hati tewas di laman sendiri.

Selain itu, peminat yang berada di dalam stadium terlebih dahulu dibaling dengan pelbagai objek seperti botol air dan juga bekas makanan.

Untuk rekod, gelaran penyokong casual digunakan bagi menggambarkan penyokong biasa yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak tanpa dipengaruhi sentimen fanatik.

Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku dalam saingan Liga Malaysia apabila tahun lalu penyokong Selangor turut mengalami nasib sama selepas aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia menentang Terengganu.

Difahamkan, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan atau sebarang tindakan yang dikenakan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian yang berlaku itu.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply