Pecah Rekod, Pengantin Perempuan Terima Mas Kahwin RM14.5 Juta | Media tempatan melaporkan bahawa seorang pengantin lelaki Kuwait menawarkan pengantin perempuannya, mas kahwin AS$3.2 juta (RM14.5 juta), menjadikan antara yang tertinggi dicatatkan dalam sejarah negara itu.

Portal Gulf News memetik laporan akhbar Al Rai, pengantin lelaki memberi pasangannya cek bank untuk satu juta dinar Kuwait.

Akhbar itu memetik pihak berkuasa mengatakan, nilai mas kahwin di Kuwait antara KD1 dan 250,000 mengikut status sosial pengantin lelaki atau keinginannya untuk mendaftarkan mas kahwin dalam akad nikah atau tidak.

Tahun lalu, Kuwait mencatatkan gabungan kadar perkahwinan dan perceraian tertinggi dengan kadar perkahwinan meningkat 28.9 peratus dan kadar perceraian 13.7 peratus, antara tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

(Video) Pengantin Lelaki Batal Perkahwinan Kerana Didatangi Bekas Teman Wanita

(Video) Pengantin Lelaki Batal Perkahwinan Kerana Didatangi Bekas Teman Wanita | Portal berita Wolipop melaporkan bahawa sebuah klip video viral di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengantin lelaki yang didakwa membatalkan majlis perkahwinan kerana didatangi bekas teman wanita mendapat komen netizen yang berbeza, di Indonesia.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nyinyir_update_official.

Dalam video itu dapat melihatkan bahawa seorang wanita yang memakai baju hitam dilihat menangis dan memeluk pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tular kerana dia didakwa sebagai bekas teman wanita kepada pengantin lelaki yang tidak mahu berpisah.

Dalam video itu juga memberi keterangan bahawa batalkan perkahwinan kerana bekas teman wanita tidak mahu berpisah. Peluk, cium dan minta perkahwinan dibatalkan.

Video tersebut juga mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Kebanyakkan netizen memberitahu bahawa wanita tersebut adalah adik kandung kepada pengantin lelaki, bukan bekas teman wanitanya.

Dia dikatakan menangis kerana salah seorang orang tua mereka baru sahaja meninggal dunia.

Seseorang netizen menyatakan bahawa itu adiknya. Seminggu sebelum nikah ibunya meninggal dunia. Oleh itu, video itu dirakam pakcik dan makcik mereka.

Sumber: Kosmo

 

(ADA VIDEO)Selepas 3 Bulan Kahwin, Suami Kantoi Rupanya [email protected]

(ADA VIDEO) Selepas 3 Bulan Kahwin, Suami Kantoi Rupanya [email protected] | Portal berita Wolipop melaporkan bahawa sebuah klip video viral di media sosial Indonesia yang memaparkan pengakuan seorang wanita yang mendedahkan perkahwinannya berakhir dengan kesedihan apabila dia mengetahui suaminya menyukai kaum sejenis.

Wanita bernama Ian itu telah memuat naik sebuah klip video dalam akaun TikTok @azinomu.

Dalam videonya Ian memberi keterengan pada video tersebut bahawa ‘Momen yang ditunggu malah menghancurkan mentalku. Sebumbung tetapi selalu merasa sendirian’.

Selepas tiga bulan berkahwin, Ian mendapat tahu bahawa suaminya merupakan seorang lelaki gay.

Menurut Ian, Ian memberitahu bahawa pada suatu hari, suaminya sakit teruk sehingga berat badannya turun secara drastik. Ian tidak mendedahkan penyakit suaminya tetapi dia berasa kecewa dengan penyakit itu, namun tetap menjaga suaminya sehingga sembuh.

Tiga bulan kemudian, Ian mendakwa dia tidak diperlakukan selayaknya sebagai seorang isteri. Dia tidak sanggup menghadapi tingkah laku suaminya yang tidak ingin berubah.

Dengan sokongan sahabat dan keluarga terdekat, Ian akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan suaminya.

 

 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kakak wajib menjalani ujian pemeriksaan kesihatan secara berkala ya, minimum 3 atau 6 bulan sekali,” kata seorang netizen.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply