Pejabat Parlimen Muar Diarahkan Tutup Kerana Terlalu Ramai Beratur Untuk Terima Bantuan

| July 13, 2021 | 0 Comments

Pejabat Parlimen Muar Diarahkan Tutup Kerana Terlalu Ramai Beratur Untuk Terima Bantuan | Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan untuk ditutup kerana jumlah rakyat Muar yang hadir ke pusat itu untuk menerima bantuan sejak ahad lalu terlalu ramai.

Pejabat Parlimen Muar Diarahkan Tutup Kerana Terlalu Ramai Beratur Untuk Terima Bantuan

Menurut Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihak polis telah datang ke pusat itu pada hari selasa dan mengarahkan supaya pusat itu ditutup. Ini kerana Pejabat Parlimen Muar giat mengagihkan bantuan makanan yang baru sampai kepada 5,000 keluarga di Muar sejak Ahad lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Biasanya ada dalam 150+ keluarga datang setiap hari. Tapi sejak 2 hari lepas, jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi.

Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu.

Pejabat Parlimen Muar Diarahkan Tutup Kerana Terlalu Ramai Beratur Untuk Terima Bantuan

Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya.

Apa yang saya dan team Muar dah buat untuk jaga SOP:

1. Kami sediakan sistem kupon. 100 kupon setiap hari untuk ambil bantuan makanan kepada 100 keluarga.

2. Kami guna khidmat RELA untuk kawal situasi di luar pejabat.

3. Kami sudah hantar surat mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.

4. Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing.

5. Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat.

Tapi hakikatnya ramai lagi yang perlukan bantuan makanan segera. Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat.

Pejabat Parlimen Muar Diarahkan Tutup Kerana Terlalu Ramai Beratur Untuk Terima Bantuan

Tapi hari ni, pihak polis juga datang dan arahkan Pejabat Parlimen ditutup. Orang terlalu ramai.

Ini bermaksud edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima. Rumah ke rumah memang ada kami buat, tetapi ambil masa.

Saya terpaksa ambil sedikit ruang bersama pejabat Muar untuk fikir cara lain nak edarkan dengan cepat.

Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.

Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka.

Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya.

Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka” katanya.

Sumber: Syed Saddiq

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *