Bekas Anggota Parlimen Dalam Buruan Polis

| July 13, 2021 | 0 Comments

Bekas Anggota Parlimen Dalam Buruan Polis | Polis Haiti kini dalam operasi memburu seorang bekas anggota parlimen iaitu John Joel Joseph yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Presiden Jovenel Moise.

Bekas Anggota Parlimen Dalam Buruan Polis

Selain daripada bekas ahli parlimen itu, pihak berkuasa turut sama memburu peguam, Joseph Felix Badio dan ahli perniagaan, Rodolphe Jaar. Ketiga-tiga mereka disyaki terlibat dalam pembunuhan, cubaan membunuh dan juga rompakan bersenjata.

Polis turut memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek itu bersenjata dan juga berbahaya.

Media sebelum ini melaporkan Moise maut di kediaman peribadinya di Port-au-Prince selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali yang bertutur bahasa Sepanyol. Isterinya, Martine Moise yang turut cedera kini dirawat di sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS).

28 orang disyaki terbabit pembunuhan Moise dengan 26 daripadanya adalah warga Colombia, manakala dua lagi adalah warga AS yang berasal dari Haiti.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *