Pelajar Dedah Gurauan Lucah Guru Terima Ugutan Rogol | Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah di Swelangor telah membuat pendedahan berkaitan gurauan salah seorang guru dia sekolahnya telah menjadikan isu rogol dan gangguan seksual sebagai satu gurauan. Namun kali ini sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku diatas dakwaannya itu.
Sebaik sahaja video dakwaannya itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai pihak, kini pelajar itu telah berdepan dengan satu ugutan rogol dari rakan lelaki di sekolahnya. Dia telah menerima ugutan rogol itu kerana telah berkongsi video mengenai guru pendidikan jasmani yang telah menjadikan jenayah seks sebagai satu gurauan.
but nevertheless. boys like him are exactly the reason i continue my fight, teachers that continuously "infect" those kind of mindset into boys need to be purged from our education system. pic.twitter.com/NnlDFoXeKq
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) April 25, 2021
Dia telah berkongsi perkara itu di akaun twitter miliknya dengan ciapan yang mengatakan bahawa seorang rakan lelaki di sekolahnya telah mengugut untuk merogolnya. Tindakan pelajar itu mengugutnya telah membuatkan dia menangis. Dia juga mengatakan tidak akan ke sekolah pada keesokan hari kerana dirinya dalam keadaan yang terdedah kepada bahaya.
Tambahnya lagi, tindakan pelajar itu mengugutnya adalah disebabkan dia terus berjuang berkenaan dakwaannya terhadap tindakan gurunya itu. Dia juga berpendapat bahawa guru-guru yang berpemikiran sedemikian perlu disingkirkan daripada sistem pendidikan.
Pelajar berkenaan turut mengongsikan tweet seorang lagi pengguna Twitter, “Suresh” yang mengatakan “guru itu telah memungkinkan ugutan itu dibuat. Malah, keseluruhan sistem pendidikan kita memungkinkannya.”
tw// rape threat
you imagine tirelessly spreading awareness for better education system and this is what you read in the morning. it broke my heart. i suggest if youre sensitive, do not listen. it is very scary. #MakeSchoolASaferPlace pic.twitter.com/ITeo26FMKr— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) April 25, 2021
Satu rakaman suara turut telah diterima yang mengomen tindakan pelajar itu sebagai tidak wajar dilakukan. namun rakaman suara itu telah diubah sepenuhnya bagi mengelakkan identiti sebenar individu yang membuat rakaman suara itu diketahui dan didedahkan.
Bapa kepada pelajar yang membuat dakwaan itu mengakui bahawa anaknya itu telah menerima ugutan rogol. Dia memberitahu Astro Awani bahawa dia akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu. Bapanya juga telah membuat laporan polis berkenaan gurauan lucah yang dilakukan oleh guru itu.
Remaja itu menjadi tumpuan di media sosial semalam selepas memuat naik video di TikTok, apabila memetik guru sekolahnya di Selangor berkata “jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”Remaja itu menjadi tumpuan di media sosial semalam selepas memuat naik video di TikTok, apabila memetik guru sekolahnya di Selangor berkata “jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”
Jurucakap Kementerian Pendidikan memberitahu FMT perkara itu dalam siasatan.
Sumber: Free Malaysia Today