Kerana Cemburu Seorang Wanita Minta Imam Doa Suami Kena Bala | Cemburu merupakan satu perasaan yang normal bagi setisp manusia untuk merasakannya namun ia tergantung kepada seseorang sama ada bijak atau tidak untuk mengawal perasaan itu. Bagi seorang wanita ini dia tidak dapat menahan sikap cemburunya sehinggakan dia sanggup menyuruh seorang imam untuk mendoakan suaminya untuk diturunkan bala.

Kerana Cemburu Seorang Wanita Minta Imam Doa Suami Kena Bala

Kaherah: Tugas seorang imam adalah memimpin solat ketika ibadah solat dan juga mendoakan kesejahteraan umum, namun seorang wanita di Mesir mengambil kesempatan di atas keluhuran pemimpin itu demi kepentingan peribadinya.

Wanita itu meminta seorang imam sebuah masjid di Iskandariah supaya mendoakan suaminya yang berkahwin lagi dan dia bahkan menawarkan 100 pound Mesir (RM26.17) atau lebih sebagai ganjaran.

Kejadian tersebut dilaporkan ketika imam terbabit sendang mengimamkan solat terawih yang sedang berlangsung.

Beliau didatangi seorang kanak-kanak yang membawa nota mengandungi mesej ibunya yang mengatakan bahawa wanita terbabit mendengar suara imam tersebut ketika solat dan menyatakan bahawa suara imam itu sangat merdu dan mendayu. Oleh itu dia merasakan bahawa Allah SWT akan mendengar doa imam terbabit.

Wanita tersebut mengatakan bahawa suaminya telah berkahwin lain dan dia meminta supaya imam untuk mendoakan sesuatu yang buruk menimpa suaminya dari dalam lubuk hati.

Di dalam nota itu wanita tersebut turut menyertakan sejumlah wang 100 pound Mesir serta menyatakan sekiranya imam terbabit sering mendoakan suaminya maka semakin banyak jumlah wang yang akan diberikan kepadanya.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu hanya mengundang rasa kurang senang imam berkenaan yang kemudian mengambil gambar nota pesanan terbabit dan memuat naik di Facebook miliknya, sebelum ia tular.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply