SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila menengking dan mengugut seorang pemandu bas Rapid KL selepas terpaksa menunggu lebih tiga jam di stesen bas pada Rabu.

Mendakwa pemandu berkenaan tidak menjalankan tugas sebaiknya, individu berkenaan kemudiannya mengugut untuk melaporkan kepada pihak pengurusan syarikat pengangkutan berkenaan.

Dalam pada itu, rungutan tersebut turut mendapat sokongan beberapa lagi penumpang lain yang berada dalam bas terbabit.

Dikongsikan di laman Twitter, kejadian tular sejak Khamis terbabit menerima lebih 8,000 jumlah tontonan setakat ini.

@majoritiofficial

Marahnya abang ni.. mungkin penat tunggu dalam hujan.. harap pihak berkenaan tampil bagi penjelasan.. berita selanjutnya klik artikel #beritatiktok #rapid #bas #malaysia

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Pengadu mendakwa, mereka telah menunggu sejak pukul 2.30 petang namun tiada satu pun bas pengangkutan awam yang melalui kawasan terbabit sehinggalah pukul 4.20 petang, sebuah bas yang dipandu oleh pemandu wanita tiba di perhentian tersebut.

“Ini pemandu pertama baru sampai, dari pukul 2.30 petang sampai 4.20 petang. Kita akan akan buat laporan betul tak? Semua tunggu lama kan!

“Apa ini? Semua orang basah kena hujan lebat, macam ni ke buat kerja? Bila saya dah telefon HQ, baru bas datang, apa kerja macam ni,” katanya pengadu berkenaan.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan maklum balas dari pihak Rapid KL berhubung kes tersebut.

Orang ramai dinasihati untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Makan Mi Segera Dalam Tren. Rapid KL ‘Perli’ Penumpang Degil

Akibat sikap kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang melanggar undang-undang.

Makan Mi Segera Dalam Tren. Rapid KL 'Perli' Penumpang Degil

Melalui satu status di Facebook rasminya, Rapid KL memerli dua penumpangnya yang dilihat memakan mi segera ketika di dalam salah satu perkhidmatan tren mereka.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren, ” jelas Rapid KL.

Status tersebut juga turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

Rata-rata orang ramai juga bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak Rapid KL dan menyeru agar pihak berwajib terus bertegas dengan pelanggan yang degil.

“Jenis tegur tidak jalan ni elok di emergency brake kan sahaja biar mee segera tu masuk hidung.

“Masa orang makan mee segera dalam tren ni tiada pula brek mengejut ketika memecut macam saya kena hari itu, ” jelas Rashid Saleh Yakob.

“Nanti kena saman, salahkan RapidKL pula. Kalau tren tu tiba-tiba berhenti mengejut ke apa. Mee segera jatuh satu koc la kotor sebab kuah mengalir, kenapa la ada jenis macam ni, ” jelas Zaa Landau.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply