Pemandu Kepada Ahli Parlimen Potong Garisan Berkembar Elak 50 Kg Daging Korban Rosak| PERMAISURI: Pemandu kepada seorang ahli Parlimen yang didapati melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar sudah dikenakan saman, semalam.
Polis Keluarkan Saman
Rakaman video kejadian yang tular itu dikesan berlaku di Kilometer (KM) 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Setiu pada jam 3.40 petang, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin, berkata pihaknya sudah memanggil pemandu berusia 30 tahun itu untuk diambil keterangan dan mengeluarkan saman, tengah hari semalam.
Katanya, pemandu terbabit mengakui kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar manakala kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard hitam berkenaan adalah milik majikannya.
Elak Daging Korban Rosak
“Hasil siasatan, kita dapati pemandu memotong di kawasan garisan berkembar kerana ingin cepat tiba ke destinasi yang dituju bagi mengelak daging korban rosak.
“Kita mengeluarkan tindakan saman kepada pemandu di bawah kesalahan R12(3)(A) LN167/59 iaitu memotong di garisan berkembar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Affandi berkata, pihaknya mula mengesan kejadian ini selepas klip video kejadian tular di Facebook, kelmarin.
“Kenderaan terbabit dari Kampung Gunong Bachok, Kelantan menghala ke Kampung Sungai Merak Dalam, Bangi, Selangor untuk menghantar daging korban seberat kira-kira 50 kilogram,” katanya.
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
[VIDEO] Seorang Lelaki Tunjuk Jari Bawa Motosikal Lawan Arus Nyaris Rempuh Kereta
Seorang Lelaki Tunjuk Jari Bawa Motosikal Lawan Arus Nyaris Rempuh Kereta | KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal melawan arus di persimpangan lampu isyarat sekitar Sungai Manggis di sini, Sabtu lalu dengan alasan mahu mengambil ubat di rumah lamanya memakan diri selepas ditahan polis.
Kedua-Dua Tidak Pakai Topi Keledar
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat selepas mengesan satu video tular di media sosial.
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 4.08 petang dan penunggang berusia 55 tahun itu dikesan turut membonceng isterinya yang berumur 50 tahun di mana kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar.
Tunjuk Isyarat Lucah
“Penunggang terbabit turut menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke rumah individu terbabit di sekitar daerah ini pada keesokan harinya dan telah dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Polis juga telah memberi nasihat atas tingkah laku yang dilakukan mereka,” ujarnya.
Tambah Ahmad Ridhwan, semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan demi keselamatan diri dan pengguna lain.
Sumber : KMN
BACA JUGA :
2 Rakan Cemas Diganggu Lelaki Ketika Beriadah, Minta Dipanggil ‘Abang’
2 Rakan Cemas Diganggu Lelaki Ketika Beriadah, Minta Dipanggil Abang | PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik-detik cemas dia dan rakannya diganggu seorang lelaki semasa beriadah di sebuah taman rekreasi.
Duduk sebelah sambil pandang-pandang
Menerusi pautan klip video yang dimuat naik @S0ftiexrin di akaun TikTok miliknya memaparkan, seorang lelaki duduk di sebelah mereka sambil memandang ke arah mereka berulang kali dan cuba berbual.
“Lelaki itu dah perhati kita orang dan semasa kawan baik saya nak hantar basikal. Dia tengok dua kali,” katanya.
“Lelaki tersebut juga meminta mereka supaya memanggilnya abang kerana mendakwa belum berkahwin.
“Ada ‘part’ yang lupa nak rakam, tapi dia tanya duduk dekat mana dan dia cakap ‘jangan panggil pakcik, panggil abang, belum kahwin lagi,” ujarnya.
Ajak bergambar
Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila cuba memaksa mereka untuk bergambar dengannya.
Bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat beredar daripada kawasan itu setelah ajakannya untuk bergambar ditolak.
Justeru, dia menasihati wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam menjaga diri apabila berada di luar rumah.
“Ladies out there, please be careful (wanita di luar sana, tolong berhati-hati). Mohon teliti dengan apa yang jadi di sekeliling.
“Banyak manusia yang tua atau muda kadang tiada otak ‘approach stranger’, tambahan lagi paksa kita ikut kehendak dia.
“Kita di dunia yang tak lepas daripada perkara ini. Jangan ‘provoke’, ‘handle it softly’ supaya orang macam ini tak guna kekerasan,” ciapnya.
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada satu juta tontonan dan 78,200 tanda suka.
Sumber: KMN