Pemandu Teksi Hilang Punca Pendapatan Kerana Terlantar Sakit

| April 14, 2021 | 0 Comments

Pemandu Teksi Hilang Punca Pendapatan Kerana Terlantar Sakit | Pada zaman yang serba moden kini, cabaran dan rintangan untuk mencari rezeki yang halal semakin susah lebih-lebih lagi apabila hidup di kawasan bandar. Hal ini yang berlaku kepada seorang pemandu teksi yang kini terlantar sakit dan menyebabkan hilang punca pendapatannya.

Pemandu Teksi Hilang Punca Pendapatan Kerana Terlantar Sakit

Jerantut: Kehadiran Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, begitu berbeza buat Mohd Ridzuan Mohd Yassin, 44, apabila dia kini hanya mampu terlantar di atas katil rumah ibunya di Felda Kota Gelanggi Dua, di sini.

Mohd Ridzuan yang telah 27 tahun merantau di ibu kota dengan bekerja sebagai pemandu teksi itu, terpaksa di bawa pulang ke kampung halamannya awal bulan ini akibat komplikasi pelbagai penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, jnatung, paru-paru serta kudis di bahagian belakang badan.

Isterinya, Wati Toshan, 33, berkata sebelum ini suaminya sering berulang alik ke Hospital Serdang bagi menerima rawatan sehinggalah terlantar dan tidak mampu berjalan pada awal tahun ini.

Katanya, akibat penderitaan yang ditanggung suaminya itu membuatkan ibu mentuanya, Raujiah Salleh,60, membawa mereka pulang ke Felda Kota Gelanggi Dua dan meneruskan rawatan suaminya di situ. Penyakit yang ditanggung suaminya semakin melarat dan tidak mampu untuk bangun lagi sehingga menimbulkan kudis di bahagian belakang badan kerana terlalu lama berbaring.

“Kini suami cuma makan bubur dan keadaan badannya mulai kurus serta lemah manakala urusan ke bilik air dan tandas, saya dan mentua bantu dengan menggunakan kerusi roda,” katany di Felda Kota Gelanggi Dua di sini hari ini.

Menurut Wati, dia yang bekerja sebagai seorang suri rumah sememangnya tidak mampu untuk menguruskan perbelanjaan perubatan suami khususnya untuk berulang alik ke Hospital Serdang apatah lagi untuk menaggung perbelanjaan sekolah seorang anak yang berusia 10 tahun.

Dia turut memberitahu, akibat tiada sumber pendapatan yang tetap kini menyebabkan mereka juga gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan rumah yang dibeli suaminya di Sepang, Selangor.

“Duit simpanan suami hasil bekerja sebagai pemandu teksi sudah habis dibelanjakan sejak kesihatannya terganggu,” jelasnya.

Dia berharap ada pihak tertentu dan dermawan yang dapat membantu kebajikan mereka sekeluarga khususnya bagi perbelanjaan urusan perubatan dan sara hidup suami yang semakin uzur.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantau boleh menghubungi Raujiah Salleh ditalian 019-9633358 atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB bernombor 7035754437.

Sumber: Kosmo 

 

 

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *