Pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini.

Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori. 'Ini' Komen Penganalisis Jenayah

Begitulah ulasan yang ditegaskan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menerusi laporan Awani, baru-baru ini.

Jelasnya, beliau percaya kajian secara teliti telah dijalankan oleh semua pihak terutama kerajaan sebelum keputusan dibuat.

Beliau berkata, pemansuhan ini ada dua makna pertama, sama ada hukuman mati itu dimansuhkan atau perkataan mandatori itu yang dimansuhkan.

Oleh itu, menurutnya, kita harus tahu apa pun pemansuhan ini, telah dikaji secara teliti dan sudah tentu ada kesan limpah terhadapnya.

Beliau berpandangan bahawa mengambil kira faktor itu tidak relevan terhadap isu pertambahan kes kerana isunya di sini berkaitan pengurusan banduan.

Tambah Kamal lagi, meskipun hukuman gantung mandatori itu dimansuhkan, namun hukuman gantung masih boleh dilaksanakan mengikut budi bicara mahkamah.

Dari konteks membasmi jenayah beliau berkata, kita harus akur walau apapun bentuk hukuman, kes jenayah seperti pengedaran dadah, pembunuhan tetap akan berlaku seperti sebelumnya.

Menurutnya lagi, ia tidak mempunyai kesan jika penjenayah telah bertekad untuk melakukan niat jenayahnya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan kerajaan itu, beliau percaya ia telah melalui prosedur tadbir urus yang telus dan bukannya desakan sesetengah pihak.

Berdasarkan amalan lain-lain negara, pemansuhan ini bermakna hukuman tertinggi dikenakan, misalnya, kalau mandatori digugurkan, masih lagi hukuman gantung.

Tetapi jika tiada perkataan mandatori itu ini bermakna penjara seumur hidup adalah hukuman ganti bagi kesalahan yang berkaitan.

Ujarnya, beliau yakin kerajaan apabila membuat sesuatu keputusan ia telah dilakukan dengan prosedur tadbir urus yang telus dan bukannya berdasarkan desakan atau sengaja mahu melakukan perubahan, jadi kita harus menunggu dan melihat perkembangan lanjut tentang perkara ini.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply