Pembantu Perubatan Bunvh Bayi Sendiri Usia 6 Bulan | IPOH – Seorang pembantu perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fair Park di sini, 17 Mac lalu.

Tertuduh, Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Jessica Daimis, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada bayi lelakinya berusia enam bulan 14 hari di sebuah rumah di Hala Kepayang 4, Kampung Kepayang, Fair Park di Ipoh pada pukul 10 malam, 17 Mac 2023.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang juga penagih dadah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Jun ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Pembantu Rumah Tergamak Gigit Bayi Sampai Lebam. Ini Sebabnya. | Seorang pembantu rumah yang diupah untuk menjaga bayi kembar didakwa menggigit salah seorang daripada mereka kerana geram bayi tersebut enggan tidur, lapor CNA.

Wanita berusia 31 tahun itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada hari ini atas satu pertuduhan mendera bayi dengan sengaja menyebabkan kesakitan fizikal.

Butiran mangsa dan lokasi telah disunting daripada kertas mahkamah kerana perintah gag yang melindungi identiti mangsa.

Mahkamah mendengar bahawa suspek, warga Indonesia mula bekerja untuk ibu mangsa mulai 2021.

Selain kerja rumah, tugas utamanya sebagai pembantu rumah termasuk menjaga bayi perempuan kembar majikannya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5 petang, 26 Mei 2022 lalu ketika majikan suspek meninggalkan rumah untuk mengambil anak sulungnya dari prasekolah.

Pembantu rumah itu ditinggalkan di rumah bersama bayi kembar tersebut, yang ketika itu berusia 14 bulan.

Pada awalnya, dia cuba menidurkan mereka tetapi salah seorang dari bayi tersebut enggan tidur dan menyebabkannya lewat setengah jam untuk masak makan malam.

Pada kira-kira jam 6.30 petang, dia didakwa telah menggigit lengan kiri bayi itu sehingga meninggalkan kesan lebam.

Apabila ibu bayi itu pulang ke rumah kira-kira setengah jam kemudian, suspek pergi bersedia memasak makan malam untuk anak-anaknya.

Semasa menidurkan bayi itu untuk tidur, ibu mangsa telah ternampak kesan lebam berbentuk kesan gigitan pada lengan bayi tersebut.

Ibu mangsa kemudian mengesyaki pembantu rumahnya telah menggigit mangsa dan menyoalnya berkenaan kesan tersebut. Pada mulanya, suspek telah menafikan berbuat demikian, tetapi akhirnya dia mengakui perbuatannya itu.

Pembantu rumah itu kemudiannya telah berlutut dan meminta maaf, namun majikannya tidak menghiraukannya dan melaporkan perkara itu kepada polis.

Pendakwa raya berkata bahawa mangsa sangat terdedah kepada bahaya dan terlalu muda. Pembantu rumah itu telah menyalahgunakan kedudukan amanah yang diberikan kepadanya.

Beliau berkata, pembantu rumah itu telah menyebabkan mangsa cedera dengan ‘sengaja’ dan kesalahan itu ‘tidak wajar’ dilakukan hanya kerana mangsa enggan tidur.

Pembantu rumah itu jelas menggigit mangsa untuk melepaskan kekecewaannya, dan lebam itu dapat dilihat pada keesokan harinya, kata pendakwa raya itu.

Peguam bela pembantu rumah itu berkata bahawa ini adalah satu kejadian yang amat dikesali oleh anak guamnya.

Kerana mendera kanak-kanak dengan sengaja dan menyebabkan kesakitan fizikal yang tidak perlu, wanita itu boleh dipenjara sehingga lapan tahun, atau denda sehingga SD8,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply