Pembantu Rumah Didera Majikan Dan Diarahkan Mandi Berbogel Secara Terbuka | Seorang pembantu rumah Indonesia didera dan diarahkan untuk mandi secara berbogel dengan pintu yang terbuka oleh majikannya yang berwarganegara Singapura. Majikannya mengarahkannya melakukan sebegitu kerana berbau busuk dan juga berpakaian dihadapan tingkap yang terbuka.
Itu merupakan sebahagian dari perbuatan tidak berperikemanusiaan Rosdiana Abdul Rahim, 33, terhadap Cik Mayang Sari dalam kejadian dera yang berlaku pada tahun 2017. Rosdiana didakwa di mahkamah pada Khamis, 8 Julai 2020, dengan enam pertuduhan termasuk dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menghina maruah pembantu rumahnya.
Mahkamah terdahulu dimaklumkan, Cik Mayang telah bekerja dengan majikannya Rosdiana sejak 29 September 2017 hingga 12 Disember 2020. Dalam tempoh itu, dia hanya ditugaskan untuk menjaga dua orang anak kembar majikannya di kediaman ibu Rosdiana.
Di sebelah malam, dia dibawa pulang ke rumah majikan dan perlu menguruskan hal-hal rumah sehingga menyebabkan waktu tidurnya terganggu dan tidak teratur. Cik Mayang tidak dibenarkan tidur pada waktu siang dan dipantau oleh ahli keluarga Rosdiana. Malahan dia juga tidak dibenarkan untuk mengambil cuti.
Pada November 2017, mangsa dipaksa mandi di hadapan Rosdiana yang mendakwa dia berbau busuk dan tualanya juga berbau. Rosdiana kemudian menarik tangan Cik Mayang lalu ditolak masuk ke bilik mandi. Selesai mandi, Rosdiana mengarahkan Cik Mayang memakai pakaian di dalam bilik utama dengan tingkap bilik terbuka.
Rosdiana dalam satu insiden bertindak mengoyakkan baju mangsa dan membuka baju dalamnya sebelum mencubit payudara mangsa. Tidak cukup dengan itu, Rosdiana menendang bahagian kemaluan mangsa sebanyak dua kali. Dalam kejadian berasingan, Rosdiana dengan sengaja menolak pintu almari sehingga tangan mangsa tersepit ketika sedang mengambil pakaian baru dari almari.
Mangsa tampil membuat laporan polis pada 12 Disember 2020 setelah dia dihantar kembali ke agensi oleh suami Rosdiana. Ini kerana dia sudah tidak tahan lagi dengan perbuatan majikannya itu.
Rosdiana akan dijatuhkan hukuman pada 17 Ogos kerana menghina maruah mangsa di mana dia berkemungkinan berdepan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda SG$7,500, atau kedua-duanya sekali kerana dengan sengaja menganiaya pembantu rumahnya.
Sumber: The Reporter.My