Selepas 12 tahun persiapan, Piala Dunia 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya telah bermula pada Ahad di Qatar, menjadikannya sebagai perlawanan besar bola sepak pertama yang dianjurkan di negara Arab, lapor Al-Arab.
Kejutan demi kejutan berlaku semasa pembukaan Piala Dunia 2022 malam tadi yang telah menjadi topik perbualan dunia apabila ayat kitab suci Al-Quran berkumandang dalam acara kelolaan FIFA buat pertama kali dalam sejarah.
Difahamkan, segalanya bermula apabila pelakon terkenal Hollywood Morgan Freeman bersama ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah, berkongsi pentas bercakap mengenai kemanusiaan dan penyatuan.
Pada permulaan pembukaan, Freeman menyampaikan mesejnya mengenai keamanan.
“Apa yang menyatukan kita lebih besar daripada apa yang memisahkan kita. Kita adalah satu suku besar dan Bumi adalah khemah kita. Bersama-sama kita menyeru agar semua orang bersatu.
“Ini adalah panggilan kepada seluruh dunia. Bola sepak menyatukan rakyat dan negara. Terdapat satu benang harapan dan rasa hormat.
“Bola sepak meluaskan dunia, ia menyatukan negara dalam kecintaan mereka terhadap permainan bola sepak ini. Apa yang menyatukan negara, ia menyatukan masyarakat. Kita semua mempunyai sejarah bola sepak, begitu juga dengan Qatar,” katanya.
Kemudiannya, Muftah memulakan bacaan Surah Al Hujurat ayat 13 di atas pentas semasa acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 itu.
Bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.”
Is this the sort of thing from the opening ceremony that the BBC didn’t want people to see? Beautiful quotes from the Qur’an?#Qatar2022 pic.twitter.com/nAY300r2Un
— 𝐹𝒶𝓉𝒾𝓂𝒶 𝐵𝒶𝓇𝓀𝒶𝓉𝓊𝓁𝓁𝒶 (@FatimaBarkatula) November 20, 2022
Perkara tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya daripada golongan orang Arab dan Muslim di media sosial, di mana rata-rata mereka menyatakan rasa bangga dengan upacara yang memberi pengaruh besar serta cara Qatar dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat sedunia.
🚨 للمره الاولى في التاريخ
يتم افتتاح المونديال بـ آيات قرآنية ♥️{ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَ أُنثَىٰ وَ جَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَ قَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ }.
شئ عظيم
اللهم اعز الاسلام والمسلمين ♥️🙏🏻.!#افتتاح_كاس_العالم pic.twitter.com/BkeMZmzhw5
— ABDULLAH AL TOWIRQI (@vip_cse0) November 20, 2022
Difahamkan, Muftah dilahirkan dengan penyakit yang jarang ditemui, di mana ia menjejaskan tulang belakang bawahnya yang dipanggil sebagai Sindrom Regresi Caudal.
Segmen mereka berakhir dengan Freeman menghulurkan tangan untuk memegang tangan Ghanim Al Muftah.
Sumber: Al-Arab