Penampilan ‘Transgender’ Jika Ingin Memasuki Masjid. Ini Komen Mufti Pulau Pinang | Khalifah Media Network – Penampilan golongan ‘mukhannath’ atau transgender sering menjadi perbualan hangat warganet lebih-lebih jika ia berkaitan dengan mereka ini yang ingin memasuki masjid atau surau untuk beribadah.

Penampilan 'Transgender' Jika Ingin Memasuki Masjid. Ini Komen Mufti Pulau Pinang

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan, golongan ‘transgender’ ini perlu mengubah penampilan diri mereka jika mahu berada di masjid atau surau supaya mereka tidak kelihatan ganjil atau berbeza, malah mengelak rasa tidak senang dalam kalangan majoriti jemaah lain.

Kenyataan Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

Tambahnya lagi, ia bagi menyelesaikan permasalahan jika mereka yang ingin memasuki tempat ibadah, dan berliau juga turut menzahirkan rasa simpati kepada golongan ini dan berharap mereka diterima masyakarat. Namun jelasnya lagi, golongan ini perlulah menyesuaikan diri dalam norma masyarakat biasa.

beliau mengulas lanjut mengenai hal ini selepas mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Datuk Ahmad Marzuk Shaary berhubung langkah kerajaan yang sedang meneliti kemungkinan mengenakan larangan memasuki masjid terhadap golongan ini. Di Wilayah Persekutuan, seperti yang dilaksanakan di Perlis.

Ahmad Marzuki berkata demikian selepas dilaporkan bahawa pihak berkuasa agama di Perlis akan melaksanakan mengenakan larangan itu. Serta berpandangan ia tindakan yang wajar bagi menjaga kesucian masjid.

Sementara itu, menurut pandangan Wan Mohd Salim lagi, golongan transgender sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri. Apabila memilih cara dan gaya hidup yang bertentangan dengan hukum alam dan hukum agama. Tindakan sedemikian membuatkan mereka menghadapi pelbagai kesukaran dalam kehidupan. Terutama apabila berinteraksi dengan orang ramai.

Beliau kini telah meminta Majlis Agama Islam Negeri dan pengurusan masjid serta surau memainkan peranan masing-masing berhadapan dengan isu itu.

Tambahnya, mereka perlu menasihati golongan ini secara lembut dan berhemah supaya mereka menghormati kesucian rumah ibadah Islam ini. Dengan penampilan yang sesuai, tidak lagi dipandang serong serta dianggap aneh.

Beliau berpandangan bahawa jika mereka masih berdegil, pihak pengurusan masjid perlu bertegas dengan menghalang mereka untuk memasuki masjid. Hal ini kerana perkara ini melibatkan kepentingan umum, dan agama Islam mengajar umat supaya mengutamakannya.

Sumber: Bernama

Share.

Leave A Reply