Penantian Itu Menyakitkan

| August 9, 2020 | 0 Comments

Penantian Itu Menyakitkan | 5 tahun aku menanti, menunggu suatu detik terindah yang seperti orang lain miliki. 5 tahun bukan waktu yang singkat untuk orang menasihati aku supaya aku bersabar.

Aku tahu ujian tu tanda Allah sayang tapi hati manusia mana tak terasa
bila saat orang sekeliling dah bertambah2 anak, tapi aku sorang pun
belum ada rezeki.

Kadang-kadang aku tak tahu nak luahkan pada siapa sebab bila aku cerita
dekat kawan baik aku, mereka macam kurang memahami sebab mereka ada anak.

Ada yang suggest untuk aku amik anak angkat, aku terus rasa macam sedih
sebab anak angkat ni bukan senang. Mampukah keluarga akan sayang anak tu
macam family sendiri? Aku nakkan zuriat kandung sendiri. Aku minta orang
doakan.

Family aku dan family mertua tak pernah persoalkan pasal zuriat.
Alhamdulillah.

Cuma kadang2 ada yang buat aku terasa hati macam haritu pernah aku
berkumpul dengan keluarga mertua, ayah mertua aku ada sebut semua nama
cucu dia, sampai turn kami, ayah mertua terlepas cakap kami tiada anak.

Masa tu Allah je yang tahu hati aku, mata aku berair tahan nak menangis.
Suami aku hanya mampu diam sebab aku tahu dia pun mungkin terasa hati
dengan kata2 tu. Tapi family sendiri kan.

Mungkin ayah mertua tak sengaja. Tapi hati aku betul2 terasa sampai aku
masuk tandas untuk menangis seorang diri.

Sekarang ni aku cuba mengelak dari jumpa orang, saudara mara, kawan2
sebab aku tak suka soalan tanya pasal anak tu. Aku tak nak nanti bila
aku terasa hati, aku akan mula benci orang tu.

Allah bagi aku kelebihan dari rezeki tentang harta. Aku ada bisnes
sendiri, ada income sendiri.

Suami aku pun selalu sangat bawak aku melancong luar negara dan dalam
negara. Suami jaga aku dengan baik sangat. Aku memang bersyukur. Itu lah
cara untuk aku pujuk diri aku sendiri.

Aku ada penyakit. Penyakit yang menyebabkan doktor suruh aku tangguh
dari pregnant. Benda tu yang buat aku makin sedih. Masa menaip ni pun
air mata aku dah mengalir. Allah je yang tahu betapa teringinnya nak ada
zuriat sendiri.

Aku tahu suami mesti nakkan zuriat juga tapi dia tak pernah cakap pasal
benda ni dengan aku. Setiap kali aku tanya, dia hanya diam dan tak
respon. Aku tahu mungkin dia tak nak aku sedih.

Aku sekarang ni pun jumpa psikiatri sebab aku ada trauma dan aku ada
anxiety. Dah bertahun aku makan ubat untuk penyakit aku dan untuk atasi
kemurungan aku.

Aku tahu ujian ni mungkin rasa berat tapi mungkin ada rahmat atas kasih
sayang Allah untuk kami. Tolong doakan aku sembuh, tolong doakan kami kuat.

Tolong doakan semoga kami diberikan zuriat kandung kami sendiri yang
sempurna fizikal dan mental nya, yang indah rupa dan akhlaknya. Yang
soleh dan solehah. Itu doa aku setiap hari.

Kadang2 aku pernah rasa macam putus asa sangat. Aku pernah rasa macam
nak undur diri dari perkahwinan ni sebab aku kesian dengan suami aku.
Aku rasa macam aku menganiaya dia. Aku rasa aku tak berguna. Aku rasa
macam tak nak teruskan hidup.

Nauzubillah. Hinanya aku sebab mempersoalkan takdir.

Tapi aku tak sengaja. Setiap kali family berkumpul, tengok anak2 buah,
aku tengok suami aku rapat sangat dengan dorang. Dorang pun manja dengan
suami.

Hati aku memang tersentuh sangat. Sedihnya hati aku tengok suami aku
gembira sangat main dengan anak buah.

Aku selalu pendam perasaan sorang2 bila aku sedih. Sebab aku tak tahu
pada siapa aku nak luahkan. Aku macam rasa tak ada siapa pun yang faham
apa aku rasa.

Bila aku pernah luahkan dekat kawan aku, kawan aku boleh cerita pasal
baby dekat aku, aku dah mula rasa sedih. Dan aku mula jauhkan diri dari
kawan aku.

Demi Allah, hanya Allah yang tahu macam mana hati aku sekarang ni. Dapat
berita bila kawan2 pregnant, ahli keluarga ada yang pregnant, semua tu
buat aku sedih. Bukan sedih sebab tak suka, tapi sedih sebab aku tak
berpeluang nak rasa nikmat tu.

Ada jugak yang pernah kata kami tiada komitmen sebab tiada anak. Aku
betul2 rasa kecik hati, kenapa?

Macam mana mereka tahu kami tiada komitmen? Mereka tak tahu pun apa yang
kami kena bayar, macam mana kami struggle cari duit. Walaupun ada bisnes
sendiri, ingat senang ke nak handle?

Aku tak kerja, suami je yang kerja. Gaji suami tak besar. Suami gigih
cari rezeki untuk kami. Aku pun buat bisnes untuk income sampingan untuk
saving masa hadapan. Tolong jangan gunakan perkataan komitmen pada orang
yang belum ada anak macam kami.

Benda tu sangat sensitif. Kami pun banyak komitmen. Bukan orang yang ada
anak je. Kalau tak duduk tempat kami, tolong jangan cakap seolah korang
yang handle perbelanjaan bulanan kami.

Mungkin bagi sesetengah orang, ayat tu nampak biasa. Tapi tak bagi aku.
Aku jenis kalau terasa aku akan pendam dan jauhkan diri. Kadang2 rasa
benci nak jumpa orang tapi terpaksa jugak jumpa.

Setiap kali fikir pasal perkara ni, aku mesti menangis. Selalu salahkan
diri sendiri. Kadang2 aku rasa hidup aku ni bergantung pada ubat.

Aku tak tahu bila akan sembuh. Mungkin aku masih bertahan sebabkan ubat
psikiatri tu. Kalau tak, mungkin aku boleh buat sesuatu yang diluar
jangkaan pada diri aku sendiri.

Tolong doakan aku. Tolong doakan kami suami isteri. Tolong sangat
jagalah perasaan orang sekeliling yang lama menanti zuriat sendiri.
Bukan senang. 5 tahun bukan tempoh yang singkat untuk aku bersabar.

– Insan yang sedih (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *