Tragedi Kepala Air : 9 Mayat Sudah Dijumpai Dan Satu Lagi Masih Hilang | KEMAMAN: Sembilan mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Blok 6 Sungai Air Putih di sini telah ditemukan setakat jam 1 tengah hari tadi.

Cuma Seorang Masih Hilang.

Satu daripada mayat itu telah disahkan identiti sebagai Muhammad Haziq Ziqree Karim 6 tahun, ditemui jam 11.05 pagi tadi.

Mangsa ditemui di Sungai Teladas dan Sektor B operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat Muhammad Haziq Ziqree telah pun dibawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih.

Manakala enam lagi mayat belum disahkan identiti.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih mengesahkan perkara itu.

Jelas beliau, kesemua mayat ditemui di Sektor A dan Sektor B dalam kawasan lingkungan 25 kilometer dari lokasi kejadian.

Tersangkut Pada Pokok

“Kesemua mayat itu ditemui di Sektor A dan Sektor B. Ada yang dijumpai di tebing. Ada yang tersangkut di pokok dan beberapa dijumpai terapung atas air,” katanya.

Difahamkan enam lagi mayat yang ditemui dalam proses untuk diangkat sebelum dibawa ke pusat operasi berkenaan.

Mayat yang ditemukan itu disahkan adalah dua mayat lelaki dewasa, satu mayat wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua mayat kanak-kanak perempuan.

Dalam kejadian di Jeram Mawar itu, 10 sekeluarga dilaporkan dihanyutkan kepala air pada kira-kira jam 6.00 petang kelmarin (Sabtu) ketika mereka sedang berkelah.

Semalam, mayat pertama ditemui dikenali sebagai Azizah Eiyi 40 tahun dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim 11 tahun kira-kira jam 12.45 tengahari dan 5.00 petang.

Mayat Azizah ditemukan terapung dan dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian sementara Muhammad Zulqarnain Haikal ditemukan tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2 km dari tempat kejadian.

Mangsa yang belum disahkan identiti setakat ini adalah ketua keluarga itu dikenali sebagai Karim Abdullah 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4 tahun.

Turut disahkan terkorban atau hilang ialah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24 tahun.

Muhammad Fikri berasal dari Batu Pahat, Johor manakala sembilan sekeluarga itu datang dari Felda Lepar Hilir, Kuantan.

Sumber : BuletinTV3 

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

9 Sekeluarga Dihanyut Kepala Air, Mayat Ibu & Anak Lelaki Sudah Ditemui

Sembilan Sekeluarga Dihanyut Kepala Air, Mayat Ibu & Anak Lelaki Sudah Ditemui | KEMAMAN – Identiti sembilan daripada 10 mangsa yang dikhuatiri lemas ekoran tragedi dihanyutkan kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, di sini, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa merupakan sepasang suami isteri bersama tujuh anaknya berasal dari Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang.

Mayat ibu dan anak lelaki sudah dikenalpasti

“Selepas pengecaman mayat dilakukan oleh waris, mayat pertama ditemui dikenal pasti sebagai Azizah Eiyi, 40, manakala mayat kedua merupakan anaknya iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya masih mengenal pasti identiti sebenar seorang lagi mangsa lelaki.

Operasi mencari berhenti sementara

“Operasi pencarian dihentikan sementara dan akan disambung esok pagi berikutan cuaca buruk ekoran hujan lebat dan membahayakan pasukan penyelamat,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua mangsa ditemui meninggal dunia manakala lapan lagi dikhuatiri dihanyutkan kepala air ketika berkelah di jeram tersebut, petang semalam.

Mayat Azizah ditemui di tebing Kampung Pasir Gajah kira-kira pukul 12.45 tengah hari iaitu 24 kilometer dari lokasi mereka berkelah manakala mayat anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal pula ditemui kira-kira pukul 5 petang tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply