Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Isu cop parkir bukanlah satu perkara asing di negara ini. Ramai penduduk kediaman jenis bertingkat sering menghadapi masalah ini, lebih-lebih apabila berhadapan dengan segelintir jiran yang mementingkan diri sendiri.

Dalam satu hantaran Facebook Penang Press, seorang penduduk flat menerima satu nota yang ditinggal pada cermin kereta yang mengarahkannya untuk mengalih kereta sebab penulis nota itu mendakwa dia meletakkan motosikal di situ kerana itu parkir miliknya.

Manakala dalam satu hantaran lain pula, kelihatan beberapa kotak parkir kosong telah diletakkan bekas isi air, tong baldi cat, dan kotak sebagai tanda parkir-parkir itu ‘bertuan’.

“Duduk flat saja tapi sikap dan perangai selera condo pulak bila masa pun letak moto ikut suka… macam2 perangai sekarang,” kata netizen yang memuat naik gambar tersebut.

Menurut netizen-netizen yang berkongsi pengalaman sendiri, rata-rata budaya cop parkir ini dilakukan oleh segelintir penghuni di lantai paling bawah sekali.

Oleh sebab rumah mereka lebih dekat dengan kawasan parkir, mereka akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kereta mereka dapat diletakkan di situ seperti meletakkan barang atau membuat struktur tambahan supaya menjadi ‘garaj’ kereta mereka.

Ada penghuni ‘cop parkir’ bertindak lebih dahsyat dengan berbuat khianat seperti meletakkan sampah-sarap, memancitkan tayar, mencalarkan atau menconteng kereta diletakkan pada ruang parkir yang didakwa milik mereka (secara tidak sah).

Tidak kurang juga ada segelintir penghuni rumah kediaman bertingkat yang tinggal beramai-ramai, di mana anak-anak yang sudah besar dan berkenderaan sendiri masih tinggal dengan ibu bapa sehingga menyebabkan ruangan parkir tidak mencukupi.

“Rumah bawah semua kawal parking ada yang letak motor, baldi, kon. Ada buat ampaian baju berbumbung lagi. Macam2 padahal semua boleh parking bebas. Beli flat ja bukan beli parking. Yang tiada kereta pun booking juga sebab depan rumah depa katanya”.

“Memang jenis hati kering orang macam ni. Kalau pergi rumah adik ipar di KL lagilah meluat dengan perangai masyarakat flat di sana. Bawah flat tu memasing siap letak rantai dah di tempat parking. Maksudnya kalau mereka keluar, mereka akan kunci parking tersebut dengan rantai. Kalau dah tinggi flat buatlah cara tinggi flat. Jangan dut bawak perangai macam orang beli condo sekali dengan parking masa tinggal di flat”.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat jika parkir itu berbayar dan bernombor, tidak salah sekiranya pemilik parkir itu meletakkan sesuatu bagi mengelakkan orang luar meletakkan kenderaan.

Namun ia satu kesalahan bagi mereka yang sewenang-wenangnya meletakkan barang untuk cop parkir walaupun tempat letak kereta itu terbuka bagi penduduk kediaman setempat.

Budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja ‘cop’ parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: The Vocket

Share.

Leave A Reply