Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila segelintir individu mendakwa berkemungkinan besar umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei, bukannya 3 Mei seperti yang tertera di kalendar ketika ini.

https://siakapkeli.my/2022/04/28/tarikh-hari-raya-akan-diumum-1-mei-ini-tertakluk-kepada-hasil-cerapan-anak-bulan-di-29-lokasi/

Bagi mengelakkan kegusaran orang ramai berhubung isu tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan satu kenyataan tentang penetapan tarikh hari raya.

Menerusi Facebook rasmi JAKIM memaklumkan bahawa pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam 1 Mei 2022 (Ahad).

Jelas JAKIM lagi, penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

https://siakapkeli.my/2022/04/28/tarikh-hari-raya-akan-diumum-1-mei-ini-tertakluk-kepada-hasil-cerapan-anak-bulan-di-29-lokasi/

Terdahulu, tular juga satu mesej yang mendakwa kononnya perubahan itu disebabkan perkiraan syarat kenampakan hilal mengikut kaedah imkanur rukyah tahun ini yang menggunakan format baharu.

Penyebaran info-info tidak tepat itu menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan masyarakat, sedangkan urusan penetapan tarikh hari raya sepatutnya diserahkan kepada pakar yang bertanggungjawab di JAKIM.

Sumber : JAKIM

Share.

Leave A Reply