SEBAGAI sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan agama, Malaysia meraikan sambutan pelbagai perayaan.

Ini termasuk mengisytiharkan cuti umum kepada rakyat negara ini ketika hari perayaan berkenaan.

Malah, ada juga dalam kalangan rakyat negara ini yang memakai baju perayaan agama lain ketika sambutannya serta berkunjung ke rumah, sebagai salah satu amalan hormat-menghormati.

Namun, di sebalik keghairahan meraikan perayaan agama lain, umat Islam khususnya tidak boleh melanggar batas dan syarak yang ditetapkan dalam agama.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan, sekumpulan individu dipercayai umat Islam termasuk kanak-kanak dan wanita menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam bersama pedati sambil melaungkan ungkapan tertentu.

Lebih menyedihkan, perarakan itu turut disertai oleh wanita bertudung walaupun Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dengan jelas melarang perbuatan itu dalam kalangan umat Islam.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada waktu malam itu berlaku di Pulau Pinang.

@majoritiofficial

Umat Islam kan dilarang mengikuti perarakan agama lain 🤔 Adakah memang betul-betul tak tahu ke macam mana ni.. #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #thaipusam #umatislam

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan daripada pihak berwajib berhubung perkara itu.

Pada masa sama, perkara itu mendapat perhatian daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Memetik laporan media tempatan, Wan Salim mengakui kesal melihat ada umat Islam menyertai aktiviti berkait dengan upacara keagamaan bukan Islam, walaupun larangan mengenainya sudah dikeluarkan.

Beliau berkata, perbuatan mereka menyertai aktiviti berkaitan upacara keagamaan seumpama itu termasuk perarakan, dibimbangi merosak keimanan kepada agama Islam.

Sebelum ini, Kerajaan Johor akan mewartakan Fatwa Orang Islam Hadir Ke Upacara Ritual Perayaan Penganut Agama Bukan Islam dalam masa terdekat, bagi membolehkan umat Islam di negeri itu mempunyai garis panduan sebelum menyertai sesuatu majlis perayaan agama bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid dilapor berkata, fatwa yang diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi mendapatkan kelulusan sebelum diwartakan.

Katanya, selepas fatwa berkenaan diwartakan, individu yang melanggar garis panduan berkenaan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Sumber: Majoriti

 

 

Baca Juga: Pesta Halloween di Arab Saudi Petanda Akhir Dunia

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyeru umat Islam untuk menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa acara yang melibatkan maksiat serta hiburan melampau.

Ustazah Asma’ mengulas dalam satu hantaran di Facebook tentang sambutan pesta Halloween yang dibuat besar-besaran di negara Arab Saudi baru-baru ini.

“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Usaha untuk bawa pengaruh dan budaya barat semakin menjadi-jadi di Arab Saudi yang merupakan negara penjaga dua kota suci umat Islam.

“Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat,” katanya.

Tambahnya, sambutan itu semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan secara besar-besaran serta disokong oleh pihak kerajaan.

“Tuan Puan, sebagai sebuah negara Islam yang terdapat kalimah ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’ pada bendera negara, apa yang berlaku ini suatu yang amat mendukacitakan.

“Sedar atau tidak, perlahan-perlahan, budaya liberal yang selama ini menjadi amalan masyarakat barat seolah sudah meresap masuk ke dalam jiwa orang-orang Islam,” ujarnya.

Ustazah Asma’ berkata, besar harapannya supaya segala program maksiat dan hiburan melampau yang diadakan di mana-mana jua negara dibanteras dan dihentikan. Dia tidak mahu perkara ini menjadi sebuah normalisasi kepada masyarakat Islam.

Terdahulu, sambutan Halloween yang satu ketika dahulu diharamkan kini sudah dirayakan di Arab Saudi.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan Halloween adalah haram di sisi Islam berdasarkan kajian sejarah. Hal ini didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply