Pengantin Lelaki Tidak Tahu Sifir 2, Wanita Nekad Batalkan Perkahwinan

| May 5, 2021 | 0 Comments

Pengantin Lelaki Tidak Tahu Sifir 2, Wanita Nekad Batalkan Perkahwinan | Hari perkahwinan merupakan hari yang bahagia untuk semua pasangan pengantin baru namun berbeza buat pasangan ini apabila pengantin wanita bertekad untuk membatalkan perkahwinan bersama pasangannya selepas pengantin lelaki terbabit tidak tahu sifir 2.

Pengantin Lelaki Tidak tahu Sifir 2, Wanita Nekad Batalkan Perkahwinan

Mungkin kedengaran tidak logik namun kejadian ini benar-benar berlaku di India di mana pengantin wanita meminta pengantin lelaki untuk menjawab soalan matematik yang mudah namun ia gagal dijawab oleh pihak lelaki.

Pengantin perempuan melakukan tindakan itu kerana merasa curiga dengan kelayakan pendidikan pengantin lelaki.

Pada ketika itu,dia meminta pengantin lelaki untuk membacakan sifir 2 tetapi gagal dijawab sehingga menyebabkan pengantin wanita merasa berang dengan keadaan itu sehingga bertindak membatalkan perkahwinan.

Panwari Station House Officer, Vinod Kumar berkata perkahwinan tersebut adalah perkahwinan yang diatur dan pengantin lelaki berasal dari kampung Dhawar, daerah Mahoba.

Pengantin wanita mengatakan dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak mengetahui asas-asas matematik.

Usaha memujuk pengantin wanita untuk meneruskan perkahwinan oleh sahabat dan saudaranya juga menemui kegagalan.

Menurut salah seorang sepupu pengantin wanita, keluarga belah pengantin lelaki tidak pernah memberitahu mereka mengenai tahap pendidikan pengantin lelaki dan mungkin juga dia tidak pergi ke sekolah.

Dia juga mengatakan bahawa pihak lelaki telah menipu keluarga mereka.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak menjadi kes polis kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian iaitu untuk mengembalikan hadiah hantaran dan barang kemas.

Sumber: Tribun India

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *