Kedai Mamak Di New Zealand Milik Anak Jati Kedah | Sebuah kedai mamak telah dibuka di New Zealand pada April lalu dan kini menjadi buruan pelanggan yang tercari-cari makanan malaysia seperti nasi lemak dan roti canai.

Kedai Mamak Di New Zealand Milik Anak Jati Kedah

Menurut Robin Annadas, dia bukanlah seorang tukang masak malahan apa yang dipelajari selama membesar di Kedah adalah menjadi seorang tukang gunting rambut. Dia telah tertarik minat dengan seni menggunting rambut sejak berusia 16 tahun dan kini mempunyai kedai gunting, Cut & Style di Auckland.

Selain daripada perniagaan kedai guntingnya, perniagaan makanan iaitu kedai mamak miliknya turut menjadi bualan. Kedai mamak yang terletak di Three Kings Plaza ini terkenal dengan sarapan dan hidangan tengah hari popular Malaysia seperti nasi lemak, roti canai bersama kari dal, mi goreng serta teh tarik.

Tambahnya lagi, ibunya mengusahakan restoran makanan india di Kedah. Maka dia terpegun dengan pelbagai masakan yang disediakan ibunya, dia juga belajar mengendalikan kedai ketika membantu ibunya. Setiap hidangan di Kedai Mamak dihasilkan menerusi resepi ibunya sendiri.

Roti canai yang dijual di Malaysia hanya berharga RM2 tetapi di New Zealand pula ia dijual pada harga $12 (RM35) sepinggan. Mereka menyediakan makanan Malaysia dengan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia di sini yang terlalu rindukan kampung halaman selain memberi peluang kepada rakyat New Zealand untuk mencubanya.

Tiada restoran makanan Malaysia di sana dan kedai mamak merupakan yang pertama menghidangkan sarapan pagi dan makanan tengahari seperti itu di New Zealand. Sebaik pelanggan mula reda pada jam 11 pagi, Robin dan pasukannya bertungkus lumus menyiapkan hidangan tengah hari pula dengan menyediakan nasi campur dengan beberapa lauk seperti kari, sayur goreng dan sambal.

Antara lauk yang paling laris di kalangan pelanggannya adalah ayam goreng, ayam masak merah, kari ayam serta kari kambing. Ketika ini, Kedai Mamak hanya menyediakan sarapan dan hidangan makan tengah hari bermula jam 7 pagi hingga 3 petang dan Robin berharap dapat menjadi sebuah restoran 24 jam seperti kedai mamak di Malaysia.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply