Tiga Lelaki Dikompaun Kerana Langgar SOP PKPD

| May 5, 2021 | 0 Comments

Tiga Lelaki Dikompaun Kerana Langgar SOP PKPD | Ketika pandemik, rakyat Malaysia dihimpit dengan pelbagai peraturan yang ketat sehingga tidak boleh merentas negeri tetapi kebanyakan orang ramai tidak berani melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila terdapat tiga lelaki yang berani melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.

Tiga Lelaki Dikompaun Kerana Langgar SOP PKPD

Raub: Tiga lelaki yang memakai gelang merah jambu, termasuk dua warga emas, telah dikenakan kompaun kerana mengingkari peraturan kuarantin di rumah dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini, semalam.

Malah dalam insiden antara jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang itu, ketiga-tiga Orang Kena Kompaun (OKK) berusia 73, 69, dan 52 tahun terbabit juga telah memberikan alasan yang tidak munasabah atas tindakan yang mereka lakukan.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed, berkata OKK berkenaan mendakwa keluar rumah kerana berasa panas dan ingin bersia-siar.

“Alasan sebegini adalah sangat tidak munasabah dan menyedihkan. Angkara sikap tidak bertanggungjawab, mereka berisiko menularkan COVID-19 kepada umum sekiranya didapati positif.

Dalam pada itu, beliau berkata, kedegilan seperti ini sewajarnya tidak berlaku kerana perkara sebegini boleh menyebabkan kes Covid-19 meningkat sekaligus sukar untuk dikawal penularannya.

Susulan itu, beliau berkata, OKK yang berusia 69 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Klau dan berumur 52 tahun dari Taman Sungai Klau, masing-masing dikompaun sebanyak RM2,000.

Kompaun itu dikenakan mengikut Perkara 25 (a) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, atas kesalahan berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan PKPD tanpa alasan munasabah.

OKK yang berusia 73 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Klau pula dikompaun sebanyak RM5,000 mengikut Perkara 22(b) peraturan sama, kerana gagal melakukan kuarantin di rumah sendiri selepas memakai gelang merah jambu.

Kama Azural berkata, semua OKK itu dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam kawasan PKPD.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *