Pengorbanan Sia-Sia | Wahai hawa, jangan sia siakan masa depan kamu hanya untuk lelaki yang belum tentu bakal suami dan ayah pada bakal anak anak kamu. Kejar cita cita kamu tolak tepi cinta, fokus karier dan masa depan. Jangan sebab cinta kita banyak berkorban. Kelak menyesal tak sudah yang kau akan tanggung sesak dada.
Aku dengan dia putus tahun lepas dah setahun dah. Putus sebab aku pun
sampai sekarang macam tak percaya, benda jadi terlalu pantas. Harini
elok, esok buat hal masing masing.
Aku lepas diploma ipta nak sambung degree dekat salah satu universiti ni
tapi aku tolak sebab kau. Aku tak pernah halang kau kejar cita cita kau
impian kau. Sebab aku nak yang terbaik untuk kau, masa depan kau.
Dalam diam terasa, tapi aku ikhlaskan untuk kau. Tapi sampai aku dapat
tawaran tu, kau haramkan kaki aku jejak sana.
Tahukah kau bila mana kau suruh aku pilih kau dan degree . Aku pilih
degree dan kau. Aku pilih dua dua. Tapi bila mana kau haramkan kaki aku,
semangat aku nak belajar takda hilang. Tawar hati.
Saat tu aku aku nekad nak jadi tulang belakang kau sampai kau berjaya.
Setiap hari tak pernah tinggal kejut kau pagi pagi pergi kelas. Dll.
Saat kau cakap nak buat partime grab sabtu ahad aku sokong walau hati
tak setuju sebab aku tahu kau penat study, assigment berlambak apa semua.
Tapi sebab, tu yang kau nak aku setuju. Sebab aku tahu benda tu perlu
untuk tambah duit poket. Kurang perhatian aku faham kau busy study hari
biasa, sabtu ahad busy grab.
Terima kasih sebab hari sabtu tak pernah tinggal untuk kita spend time
walau sekadar pergi pasar malam tiap tiap sabtu beli makan situ, lepak
makan selamba kat meja kedai dah tutup tu.
Tiap tiap sabtu. Terima kasih walau sekejap aku hargai. Aku tak pernah
merungut makan mana. Aku tak kisah makan tepi jalan, aku tak pernah ajak
makan dekat cafe western, cafe hispter segala bagai.
Sebab aku fikir kita kena berjimat nak nak kau. Aku tak nak kau berhabis
duit untuk aku.
Sejak kau dah masuk degree kau dah banyak menipu aku. Kata pergi sana,
buat assigment apa semua, buat grab apa semua rupa rupanya kau tengah
seronok melepak, makan dengan kawan kawan perempuan. Ambil gambar berdua
dengan perempuan.
Ramai aku tak kisah, tapi berdua. Atas alasan apa bergambar berdua?
Kawan macam mana sampai perlu berdua je?
Berwassap sampai nak datang pickup ambil pergi sana sini apa dia tak
boleh naik grab ke apa naik grab cas beratus ke untuk pergi dekat dekat.
Terlalu care buat aku sedih.
Wish goodnight, morning apa semua untuk apa? Selalu wassap benda bukan
berkaitan study untuk apa? Sanggup kau tipu aku, semata nak jaga hati
kawan perempuan kau.
Habis aku siapa? Patung. Aku siapa? Mereka siapa? Aku sabar, aku tegur
tapi berulang lagi dan lagi. Sampai satu tahap aku dah tak larat nak tegur.
Kau buang semua kawan kawan aku. Yang kau kata tak guna tu, tapi
merekalah yang ada time aku susah banyak tolong aku masa diploma dulu.
Aku tak pernah buang kawan kawan kau dari kau, kawanlah aku tak kisah
tapi tahu batas tak perlu nak terlalu care sangat dekat perempuan. Nak
nak bestfriend perempuan.
Lepas putus aku d3pr3ssion teruk. Murung. Taknak cakap dengan sesiapa.
Kadang dengan family aku pura pura kuat macam tak kisah putus tapi bila
aku dalam bilik aku diam. Termenung.
Tiap tiap malam aku menangis dalam bilik aku kenang nasib sendiri sampai
ke harini. Pengorbanan aku selama ni sia sia. Tak dihargai. Dipandang
sepi. Layu.
Sejak putus mak aku selalu letakkan salah tu dekat aku konon aku
perangai teruk, tak pandai jaga sebab tu dia tinggalkan aku. Mak aku dah
anggap dia macam anak sendiri, mak aku sayang dia.
Mak aku pantang nampak salah sikit mula nak ungkit pasal degree yela tak
degree sebab dia last last kena tinggal. Dah kecewakan mak ayah tolak
degree kau rasa?
Bak kata mak aku perli perli, yang dikejar tak dapat yang dikendong
berciciran. Ayat ni makan dalam. Salah sikit, mulalah mak aku pressure
aku. Semua salah aku yang dia nampak. Semua lepas dekat aku. Dahlah
sedih putus cinta, mak buat aku lagi teruk.
Jujur aku cakap aku dah banyak kali nak bvnvh diri. Baik dari kelar
tangan, gantung, overdose, drive laju laju dan nak berdiri tengah tengah
jalan biar kereta laju langgar.
Ye, nampak macam takda imankan? Alhamdullilah berkali kali aku cuba tapi
Allah selamatkan aku. Biarlah, segala penyesalan, kekecewaan, kesedihan
ni hilang. Sebab aku tak sanggup nak hadap hari hari pressure dari mak.
Aku menyesal sebab dah sia siakan masa aku, aku terasa tak guna, b*d*h
.. hidup menyusahkan orang aje.. hari hari otak mendesak aku orang tak
guna, b*d*h ..
Sampai otak aku flashback tahap keb*d*han aku yang dulu.. Aku terasa aku
manusia paling b*d*h sebab terlalu sayang akan orang sampai berkorban
macam macam.. sebab orang terlalu b*d*h tak perlu wujud dalam dunia lagi
sebab menyusahkan orang lain.
Aku tak nak kecewakan mak ayah aku lagi, aku dah kecewakan mak ayah..
aku tak mampu jadi contoh akak yang baik untuk adik adik. Aku manusia
tak guna.
Lagi b*d*h bila sampai sekarang aku masih terhegeh hegeh dekat dia.
Sebab apa sebab sayang. Terlalu sayang.
Aku nak prove dekat family aku, kawan kawan aku yang dia dah buang tu
nak nak diri aku sendiri yang .. pengorbanan pada dia tak sia sia, it
worth. Walau ditolak dan ditolak hati aku masih nak dia. Masih nak fight.
Janji dulu, walau apa pun jadi kita tetap kita. Sekarang janji dah
lebur. Aku yang masih berpaut pada janji. Tiap tiap hari lepas solat aku
selalu sebut nama kau dalam tiap doa aku moga Allah selalu lindungi kau.
Dan tiap kali solat juga aku selalu doa untuk kita. Peluang untuk kita
macam dulu. Kau sendiri tahu kenapa kan? Kenapa aku masih nak fight
untuk kita.. Ada masa aku benci kau, tapi aku sayang kau.
Percaya atau tak aku masih di sini tunggu kau. Untuk kita jadi macam
dulu. Aku sayang kau. Ye aku b*d*h, sayang kat orang yang salah.
Maaf aku bukan perempuan lain yang cantik, bergaya, berada, bijak, pakai
barang brand.. tapi apa yang aku ada sekarang.. asset aku semua hasil
titik peluh aku kumpul.
Biarlah orang kata kerja dekat bank tapi barang tak pakai branded. Beli
baju kadang kat bundle je. Phone pon android bukan iphone.
Alhamdulillah, beberapa bulan lepas putus dapat tawaran kerja di bank
yang memerlukan aku keluar dari negeri, jauh dari keluarga.
Mungkin ini perancangan Allah nak kurangkan aku d3pr3ss, mungkin ini
cara Allah nak ganti balik setiap pergorbanan pada orang yang salah
dengan sesuatu yang lebih baik. Aku bahagia sekarang, tapi dalam bahagia
aku masih tunggu kau.
Doakan aku berjaya yaa. Mohon bantuan semua doa agar aku kembali jadi
diri aku yang dulu. Aku yang dulu tak sama macan sekarang nak nak sejak
d3pr3ssion. Yee aku sampai sekarang kadang kadang rasa nak suicide tapi
so far aku bole control lagi. Doakan aku.
Pada kau, cari aku semula bila kau rasa kau hilang sesuatu yang
berharga. Sebab aku makin penat, give up untuk terhegeh hegeh pada kau
lagi. Aku terasa nak giveup anytime je untuk kita balik.
Kau buang aku, tapi aku masih nak kau. Sayang apa ini sampai segila ini.
If one day, aku senyap.. aku hilang.. percayalah masa tu aku dah giveup
untuk bagi kita, untuk kau.
Setahun aku masih terhegeh hegah pada orang yang buang aku kau rasa aku
b*d*h juga kan? Sebab aku jenis susah sayang orang. Sekali aku dah
sayang, sayang sangat.. sekali aku dah taknak.. faham faham lah.
Terima kasih sudi membaca.
– Cik Wan (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions