Perempuan Yang Melahirkan Dan Membesarkan | Assalamulaikum wbt. Aku anak ketiga dari 3 beradik merangkap anak bongsu. Jarak umur antara aku dengan kakak dan abang jauh beza. Sekarang abang aku 40 tahun, kakak aku 35 tahun dan aku 25 tahun. Ayah dah pergi tinggalkan aku waktu umur aku 13 tahun dan aku dibesarkan oleh ibu.
Cuma aku dengan ibu yang duduk dekat rumah arwah ayah tinggalkan, kakak
dah ikut suami. Abang pula dah ada keluarga tapi mereka tetap balik
untuk jenguk aku dan ibu, tetap hulur duit belanja untuk aku dan ibu.
Sekarang aku sudah 25 tahun, tak lama lagi dah nak jadi isteri orang.
Yang jadi konflik sekarang adalah wali masa aku nikah, ibu agak berat
untuk menyatakan hal ini kepada aku dan kakak tapi dia terpaksa
mengatakan memandangkan aku akan berkahwin tak lama lagi.
Abang adalah anak tak saf taraf dah kalau ikut hukum syarak dia tidak
layak untuk menjadi wali aku biarpun dia darah daging aku dan lahir dari
rahim yang sama. Kami agak terkejut dan berfikir beberapa cara untuk
maklumkan pada abang.
Bila abang mengetahui status dirinya, dia agak terasa hati mungkin
kerana dia rasa dia patut tahu perkara tersebut lebih awal lagi. Tapi
sebagai ibu, aku faham perasaan ibu macam mana memandangkan cuma abang
seorang anak lelaki dia.
Abang jadi lebih pendiam, jarang bercakap dengan ibu. Kalau balik jenguk
ibu pun, dia akan tidur semalam dua je itupun berkurung dalam bilik atau
ambil angin dekat pangkin luar rumah. Ibu banyak menghabiskan masa
bersama anak dan isterinya.
Aku? Macam biasa lah, budak dah nak naik sekolah jadi aku agak banyak
menghabiskan masa disekolah.
Oh ya aku merupakan cikgu sekolah rendah dan mungkin rezeki aku
ditempatkan di kampung halaman jadi dapatlah jaga ibu sementara dekat,
nanti kalau dah kahwin kena posting ikut suami.
Oh ya lupa juga nak bagitahu, bakal suami aku penjawat awam yang agak
berpangkat dan merupakan anak tunggal keluarga (ini pun salah satu punca
konflik).
Ibu banyak berlinang airmata selepas memberitahu abang perkara sebenar,
disebabkan layanan abang pada nya agak dingin. Setiap kali aku bincang
soal pernikahan, pasti ibu akan menangis memikirkan keadaan. Aku
terpaksa pakai wali hakim (bukan masalah sebenar).
Sepatutnya kami nikah bulan 8 di pejabat agama memandangkan masih PKPP.
Tapi disebabkan pihak PAD negeri masing masing membenarkan pernikahan
dirumah, keluarga bakal suami aku minta untuk kami nikah dirumah.
Memandangkan dia agak berjawatan tinggi dan anak tunggal dalam keluarga,
ibu dan ayah nya ingin buat kenduri yang agak meriah. Disebabkan itu
kami diminta untuk nikah dekat rumah aku. Masa pertunangan kami pun agak
meriah apatah lagi nak kahwin.
Bila aku nyatakan hasrat keluarga bakal mertua aku pada ibu, sekali lagi
ibu mengalirkan airmata. Aku faham perasaan ibu biarpun aku belum
bergelar seorang ibu tapi aib perlu ditutup.
Biarpun gelap macam mana masa lalu dia, itu hanya lah masa lalu dia dan
aku sebagai anak tak pernah memandangkan rendah terhadap ibu malah aku
cukup berbangga ibu dapat besarkan kami 3 beradik sehingga jadi orang
yang berjaya.
Ibu meminta untuk aku berbincang dengan bakal suami aku untuk nikah
dipejabat agama. Kerana tidak ada mahu pertiakaian dari orang kampung
kenapa abang aku tidak mewalikan pernikahan ku.
Aku faham kenapa ibu meminta sedemikian, dan aku tahu aku sebagai anak
wajib penuhi permintaan ibu sebab ianya melibatkan aib keluarga.
Bakal suami aku minta aku berbincang dengan mama dia tapi mama dia
menentang keras dengan alasan anak nya berpangkat dan anak nya hanya
satu satu anak dalam keluarga.
Jadi dia inginkan kemeriahan masa hari bahagia anak nya. Nanti kalau tak
meriah, apa pula keluarga dan orang sekeliling akan mengata.
Oh ya bakal mertua dan bakal suami aku tahu tentang status abang aku,
memandangkan ini hal serius yang perlu dibincangkan jadi aku berterus
terang status abang aku. Jadi aku rasa bukan masalah untuk mereka
tunaikan permintaan ibu?
Bila aku bertanya semula kepada bakal suami, dia hanya kata dia ikut
keputusan mama dia dan hanya mengiyakan bila mama dia kata dia adalah
anak tunggal.
Aku rasa macam ini melibatkan aib, bukan hanya nak fikir seronok. Kalau
nak fikir seronok, aku sendiri tak nak kahwin dekat pejabat agama.
Aku sendiri ada angan angan untuk mengadakan majlis yang meriah semasa
hari pernikahan tapi aku hanya fikirkan ibu. Malu yang terpaksa ibu
tanggung sekiranya orang sekeliling pertikaikan kenapa abang tunggal aku
tak jadi wali masa pernikahan aku.
Aku ada merayu pada bakal suami dan bakal mertua untuk nikah dipejabat
agama. Tapi orang tua nya berkeras untuk kami nikah dirumah.
Orang tua nya siap memberi pilihan pada dia sama ada memilih untuk
mendengar kata nya dan berkahwin dengan aku ataupun menurut kehendak
keluarga ku dan jangan pernah balik ke rumah orang tua nya lagi. Kerana
pada mereka, mereka tidak ada anak yang tidah menurut kata.
Dan aku ada menyatakan hasrat untuk putuskan pertunangan dan batalkan
perkahwinan tapi ibu tidak benarkan, dia minta untuk aku terus kan.
Tapi pada aku ibu takkan ada ganti. Biarpun aku berkahwin dan syurga ku
akan berpindah pada suami, tapi ibu yang melahir dan membesarkan aku
takkan pernah ada ganti dihati.
Memang ibu redha sekiranya pihak lelaki tetap ingin bernikah dirumah,
tapi aku faham perasaan ibu. Pastinya dia sedih bila orang sekeliling
mula memandang rendah terhadap dia dan abang ku.
Urusan perkahwinan aku sudah 60% siap, tapi sekarang aku cuma buntu.
Airmata sentiasa berlinang bila duduk sendiri memikirkan ibu, ibu apatah
lagi sedihnya kalau nak dibandingkan dengan aku.
Aku agak bersikap dingin dengan bakal suami kerana pada aku dia berlaku
tidak adil. Semua kehendak keluarga sebelah nya sudah diturutkan,
sampaikan majlis sebelah aku juga keluarga dia yang atur.
Hantaran pun ibu tak meminta dan tak meletakkan harga meskipun kerjaya
aku sebagai seorang guru. Ibu hanya minta seberapa yang mampu hm.
Aku tidak tahu ini ujian sebelum berkahwin atau apa, tapi aku tetap
buntu. Situasi sekarang ibarat ada 4 arahan, untuk berlaku adil 2 arahan
harus berada dipihak lelaki dan 2 arahan harus berpihak perempuan.
Tapi seolah keempat empat arahan tersebut berpihak pada lelaki. Dan pada
aku, aku berhak bersuara untuk hari pernikahan ku. Bukan hanya menurut
setiap kehendak.
Aku tersepit, disini aku sebagai anak. Yang ada tanggungjawab pada ibu.
Disana aku sebagai bakal isteri dan bakal menantu. Bakal suami tersepit
antara orang tua nya dan aku, aku pula tersepit antara ibu dan bakal suami.
Hasrat untuk membatalkan perkahwinan ini hanya diketahui oleh ibu dan
beberapa orang rakan baik ku. Bagaimanapun, ibu tetap ibu yang melahir
dan membesarkan aku.
Situasi ini melibatkan dua orang wanita yang menjadi syurga dan tinggi
darjatnya.
Doakan aku kuat bertahan dengan ujian yang diberi, doakan segala urusan
aku dengan bakal suami untuk bina mahligai dipermudahkan. Dan
disenangkan perjalanan kami sebagai suami isteri selepas nikah nanti.
– Anne (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions