Cara Simpan Sayur Kekal Lama Dan Segar | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebenarnya ada cara untuk menyimpan sayur ni bagi kekal lama dan segar. Setiap sayur yang anda beli tu sebenarnya ada cara tersendiri untuk menyimpan mengikut jenis sayur-sayur tersebut.
Ia berbeza-beza. Kalau kena dengan caranya baru la sayur anda akan kekal lama dan tidak mudah mudah. Sekaligus dapat mengelakkan pembaziran. Min tertarik dengan perkongsian seorang wanita ni tentang cara penyimpanan sayur dengan baik.
Berikut merupakan antara perkongsian beliau sebagai panduan:
1. Cili (padi, merah dan hijau besar)
Masukkan dalam bekas tertutup, dilapik tisu kering, masukkan sebiji bawang putih, ketahanan 1-3 minggu.
2. Sayur berdaun (kangkung, sawi, bayam, kailan)
Lapik tisu kering dalam ziplock bag, masukkan sayur berdaun. Seal ziplock bag. Ketahanan untuk kailan mungkin lama sedikit. lebih kurang 1-5 hari manakala untuk yang lain 1-3 hari.
3. Kacang buncis, kacang panjang, bendi, kacang botor, kacang peas.
Simpan di dalam ziplock bag yang dilapikkan tisu kering. Ketahanan 1-7 hari, kecuali bendi 1-4 hari.
4. Kobis, kobis bunga.
Balut dengan plastic wrap. Balut ketat-ketat dan ia mampu bertahan dalam tempoh 1-7 hari.
5. Baby corn.
Simpan di dalam bekas tertutup yang dilapik tisu kering dan mampu betahan 1-7 hari.
6. Batang saderi.
Simpan di dalam aluminium foil (ketahanan 1-2 minggu)
7. Tomato
Simpan dalam bekas terbuka dilapikkan tisu dapur kering. Jangan ditutup sebab tomato keluarkan gas ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Ketahanan (timato kehijauan 1-2 minggu, tomato yang dah masak 1-7 hari)
8. Daun-daun (kari, limau, sup, ketumbar, bawang)
Dalam bekas bertutup dilapikkan tisu kering.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Selamat mencuba.
Ramai sedia tahu bahawa pengambilan air putih sangatlah penting untuk mendapatkan badan yang sihat. Air putih dapat membantu menyucikan dan meneutralkan toksin dalam badan. Sayangnya, ramai dari kita tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi dengan keperluan badan untuk aktiviti sehari-hari. Kesannya kita menjadi letih, kurang bertenaga, dan sakit kepala.Dengan mengekalkan tabiat minum air mencukupi sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari, badan dan fikiran anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik. Ianya juga dapat mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh tubuh anda. Jadi, akan lebih mudah untuk anda menentukan pilihan makanan yang lebih sihat.
Sumber: Mingguan Wanita