Permintaan Seorang Pengasuh

| July 19, 2020 | 0 Comments

Permintaan Seorang Pengasuh | Saya perkenalkan diri sebagai N. Saya mula bekerja sebagai pengasuh ketika umur saya awal 20-an. Lepas habis belajar, susah nak dapat kerja yang bagus so ada kerja kosong masa tu try saja apply. Diterima dan terus mula bekerja di sebuah taska.

Saya dah berjumpa dengan ramai budak dan ibu bapa. Mereka ada pelbagai
ragam dan kadang-kadang boleh buat kita panas hati juga. Atas alasan
mereka bayar perkhidmatan kita so mereka rasa mereka bebas nak
perlakukan kita sesuka hati mereka.

Kami pengasuh tak minta banyak sebab kami tahu kerja kami bagaimana.
Tapi ibu bapa tolong ada empati. Saya tahu tak semua parent tu teruk
sebab saya juga dah jumpa ramai parent yang baik dan langsung tak berkira.

Bila anda plan nak hantar anak untuk dijaga oleh pengasuh atau taska,
tolong ambil manfaat apa yang saya tulis ini.

1. Jika sesudah cuti bersalin anda akan bekerja, latih baby minum susu
dengan menggunakan botol seawal yang boleh. Bukan besok nak hantar ke
taska, hari ni baru ajar anak. Tak boleh. Kerana nanti anak anda akan
meraung macam kena dera sebab dia tak biasa dengan puting tiruan.

Tolong ya. Ini penting. Baby akan meragam sepanjang masa sebab lapar dan
tak pandai menyusu dengan flow puting tiruan. Pilihlah puting yang
sesuai untuk bayi anda.

2. Untuk bayi lagi, jangan biasakan baby anda tidur dengan keadaan
sekian-sekian. Sebagai contoh, “anak saya kalau nak tidur kena dodoi
sambil dukung ke sana ke mari.” Atau, “anak saya suka tidur berkepit
dengan saya, baru dia tidur lama.”

Hello, tolong ye. Tak boleh. Di taska tiada pengasuh yang boleh buat
macam tu. Kami ada banyak lagi tugas lain dan bukan nak jaga anak awak
seorang. Pengasuh persendirian pun tak sanggup nak jaga baby yang high
demand. Trust me.

Jangan amalkan suka dukung dan pangku anak setiap masa sebab bila
dihantar kepada pengasuh, anak anda akan nak dilayan sebegitu. Kena
biasakan juga mereka di tilam sahaja supaya mereka biasa dan takkan
melalak jika ditinggalkan sekejap.

3. Anak yang berumur 1 tahun ke atas, tolonglah mandikan sebelum hantar
kepada jagaan pengasuh setiap pagi. Sekurang-kurangnya kau mak-mak
tolonglah salin diaper anak kau.

Dah la hantar anak tak mandi, bau hancing sebab diaper penuh. Nak bawa
keluar dari kereta pun kau tak sanggup nak dukung rapat dengan badan kau
tapi teganya kau hantar anak kau kepada pengasuh dalam keadaan macam tu.

Sesekali mungkin boleh diterima, kalau setiap hari tolong ubah sikap
ini. Jangan jadi mak yang malas.

4. Ambil anak tepat pada waktunya jika tidak mahu dicas overtime.
Masalah ni kalau di taska mungkin bukan masalah besar sebab pihak taska
memang akan cas dalam yuran.

Tapi bila melibatkan pengasuh persendirian kebanyakan parent kedekut
betul nak bayar ot kepada pengasuh. Dan pengasuh pula tak sampai hati
nak cas lebih. Anak kau dah seharian tinggal dengan pengasuh, ambillah
di waktu yang tepat.

Disebabkan saya sekarang cuba mengasuh secara persendirian, saya kerap
hadap masalah ini. Siap call dulu kita untuk cakap ambil anak lewat
sebab nak balik rumah dulu untuk masak makan malam atau kemas rumah.

Hello, pengasuh bukannya orang gaji anda ya. Cukup masa mereka bekerja,
sila ambil anak anda. Kalau nak tunggu sampai anda siap masak untuk
makan malam, agaknya sampai pukul berapa anak anda di rumah pengasuh?

5. Jangan minta pengasuh jaga anak di hujung minggu. Ini kerap terjadi
kepada mana-mana pengasuh. Alasan nak keluar beli barang dengan suami
taknak bawa anak. Macam mana pengasuh nak tolak kalau dah ada depan rumah.

Pengasuh pun nak berehat di hujung minggu.. nak habiskan masa dengan
keluarga. Bagi mereka rest dari jaga anak anda. Mereka pun ada urusan
mereka di hari cuti.

Melainkan ada hal kecemasan dan ini melibatkan budi bicara pengasuh.
Kalau mereka menolak, ibu bapa tidak boleh memaksa.

Saya pernah diminta menjaga seorang anak ini kerana ibunya mahu pergi ke
salon untuk rebonding rambut. Dan ada juga sengaja meninggalkan salah
seorang anak sebab nak bawa yang seorang lagi berjalan.

Kenapa ya? Kenapa pilih-pilih anak macam tu? Sepanjang minggu dah mereka
bersama pengasuh, hujung minggu spendlah masa berkualiti bersama-sama.

6. Untuk ibu yang kerja shift, carilah pengasuh yang mampu ikut jadual
shift anda. Jangan pandai awal-awal sebelum hantar berjanji akan ikut
waktu pejabat tapi bila dah hantar tiba-tiba ikut shift anda.

Kebanyakan pengasuh tidak mahu menjaga anak yang ibunya bekerja shift
lebih-lebih lagi melibatkan waktu malam. Jadi, carilah pengasuh yang
sesuai supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

7. Suami anda kena supportive. Kalau anda ada hal urgent, mintalah suami
ambil anak di taska atau di rumah pengasuh. Ramai yang saya jumpa,
bapa-bapa tak involve bab hantar dan ambil anak.. Semuanya serah
bulat-bulat pada si ibu.

Sebagai bapa, tugas menjaga anak bukan terletak di tangan seorang ibu
semata-mata. Isteri ada hal, andalah yang datang ambil anak. Bukannya
anda berehat di rumah.

8. Jangan berkira dengan pengasuh. Jika anda tak berkira dengan
pengasuh, mereka juga tak akan berkira dengan anda. Tapi kalau anda pun
terlalu cerewet itu ini dengan hal yg remeh temeh, pengasuh pun jadi tak
seronok nak jaga anak anda.

9. Jika dalam persetujuan anda dan pengasuh untuk jaga seorang anak
anak, maka hantarlah seorang. Jangan pula tiba-tiba tumpangkan si
kakaklah, tumpangkan si abanglah. Jangan.

Kalau nak hantar dua orang, deal untuk dua orang. Bayarlah untum dua
orang. Pengasuh mencari rezeki dengan mengasuh anak anda bukannya
volunteer jaga anak anda percuma.

10. Jika pengasuh bermasalah seawal minggu pertama mereka menjaga anak
anda, cepat-cepatlah tukar kepada pengasuh yang lain. Jangan ada sikap
bersangka baik tak kena tempat. Pastikan anak anda serasi dengan pengasuh.

Kunjungi mereka sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan anak anda
dalam jagaan mereka. Lihat persekitaran dan suasana dalam rumah mereka
supaya tidak timbul isu di lain hari. Ini paling penting untuk anda
sebagai ibu bapa.

Setakat ni sahajalah untuk panduan kita bersama. Semoga kita
masing-masing akan mendapat manfaat. Maaf andai ada kesilapan dalam
menulis, sila buat teguran supaya saya juga dapat ambil pelajaran.

Pastikan anda memilih pengasuh yang berdaftar. Pengasuh persendirian
juga perlu berdaftar. Ini penting.

Sekian terima kasih.

– N (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *