Pesakit Covid Peluk Islam Di Katil Hospital. Allahuakbar | Seorang pesakit Covid-19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan, melahirkan kegembiraan dengan agama barunya itu.
Kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran itu, dia telah sah memeluk agama Islam, baru-baru ini.
Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil. Masih bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di Sandakan. Tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
Menurut anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45, dia serta ahli keluarga yang lain membuat panggilan video minggu lepas. Pada masa itu dan ibu (Laila) telah menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) dan ia sngat menyentuh hati mereka sekeluarga.
Firdaus turut menyatakan bahawa beliau membuat hantaran dalam Facebook. Berikutan untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.
Tambahnya, beliau merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibunya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim. Selain ibunya pernah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga telah memeluk Islam.
Kenyataan dari Firdaus
Kata Firdaus, beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu. Memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital. Kira-kira 4 petang 9 Sept lepas ibunya sah bergelar saudara baru.
Beliau berkata Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, dimasukkan ke hospital pada 4 Sept dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Menurutnya, beliau bersyukur kerana ibunya dilihay semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan juga sudah boleh merasa makanan sekarang selain ibunya juga tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi.
Laila turut dilaporkan belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit Covid-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu selain menyifatkan perkhidmatan yang diberikan melangkaui tugas yang bukan hanya terletak kepada perubatan tetapi juga kemanusiaan.
Sumber: Malaysiakini